Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
102) ALAM SEKITAR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pencemaran air dan udara di seluruh Negeri Selangor terkini ?
Terdapat 82 stesen pengawasan kualiti air sungai di Negeri Selangor yang dijalankan ke
atas 3 (tiga) lembangan sungai utama iaitu Lembangan Sungai Selangor, Lembangan
Sungai Langat dan Lembangan Sungai Klang yang meliputi Sungai Selangor, Sungai
Bernam, Sungai Tengi, Sungai Langat, Sungai Sepang, Sungai Klang dan Sungai Buloh
Data pengawasan kualiti air sungai terkini yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar
menunjukkan 2 buah sungai dikategorikan sebagai bersih iaitu Sungai Selangor dan
Sungai Bernam, 4 buah sungai dikategorikan sebagai sederhana tercemar iaitu Sungai
Langat, Sungai Sepang, Sungai Tengi dan Sungai Klang sementara 1 buah sungai
dikategorikan sebagai tercemar iaitu Sungai Buloh.
Manakala untuk memantau status kualiti udara terdapat 6 stesen pengawasan kualiti
udara di Negeri Selangor iaitu di Kuala Selangor, Gombak, Kajang, Petaling Jaya, Klang
dan Shah Alam. Penilaian ke atas status kualiti udara adalah dibuat berdasarkan
kepada Indeks Kualiti Udara (IKU) yang terbahagi kepada lima (5) kategori iaitu baik
(nilai IKU 0 hingga 50), sederhana (nilai IKU 51 hingga 100), tidak sihat (nilai IKU 101
hingga 200), sangat tidak sihat (nilai IKU 201 hingga 300) dan merbahaya (nilai IKU
melebihi 300). Pada masa kini status kualiti udara di negeri Selangor berada pada tahap
baik dan sederhana pada kebanyakan masa. -
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan satu kajian terperinci tentang ÒPencemaran Alam Sekitar dan kesannya Terhadap Rakyat Selangor Ò?
Setakat ini tiada keperluan untuk menjalankan kajian tersebut. Ianya akan dilaksanakan
apabila keadaan memerlukan dan mengikut kawasan-kawasan yang terbabit.
Walau bagaimanapun untuk makluman ahli Yang Berhormat, di bawah peruntukkan
undang-undang Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian
Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987, mana-mana aktiviti atau projek yang dijangka
memberi impak kepada alam sekeliling dan penduduk di sekitarnya, pihak pemaju projek
adalah dikehendaki menjalankan kajian penilaian kesan kepada alam sekeliling akibat
dari pelaksanaan projek tersebut terlebih dahulu dan mencadangkan langkah-langkah
tebatan yang berkesan sebelum mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa.