Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
38) AKTIVITI SUKAN BOLA SEPAK SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sukan Bola Sepak Selangor semakin merosot. Apakah usaha kerajaan untuk mengembalikan kecemerlangan pasukan Selangor?
Liga Bolasepak Malaysia atau Malaysia Football League (MFL) adalah sebuah agensi profesional yang mengendalikan penganjuran Liga Tempatan di Malaysia melibatkan Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia, Challenge Cup dan Piala Sumbangsih. Dengan Visi dan usaha untuk melakukan transformasi dalam pengurusan sukan bola sepak berdasarkan beberapa element penting termasuklah penganjuran liga yang kompetatif, perkembangan komersil, mempertingkatkan kerjasama yang kuat dengan pihak berkepentingan dan mempertingkatkan tahap professionalism serta integriti dalam pasukan dan pengurusan liga. Bermula tahun 2021, pasukan yang ingin menyertai liga MFL perlulah ditadbir secara profesional sepenuhnya melalui penswastaan kelab dan bukan lagi di bawah pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri.
Penstrukturan dan Pembentukan Pasukan Bola sepak Selangor telah mula digerakan secara penswastaan dan professional pada tahun 2020. Kini pengurusan pasukan Selangor FC telah ditadbir sepenuhnya oleh Syarikat Red Giant FC Sdn Bhd yang melibatkan pemegang-pemegang saham. Antara peranan pengurusan syarikat / kelab adalah :-
- Merancang dan menyediakan pasukan Selangor yang terbaik di semua peringkat bagi pertandingan Liga anjuran MFL
- Memastikan perihal kewangan yang melibatkan pengurusan pegawai dan pemain pasukan.
- Menitik beratkan perkara-perkara yang berkaitan kebajikan pegawai serta pemain ditadbir dengan pengurusan yang sistematik.
- Mempertingkatkan mutu permainan bagi menghadapi saingan peringkat tempatan dan antarabangsa
Manakala Peranan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan menjurus kepada :-
- Memperkasakan penganjuran Liga Pembangunan di peringkat akar umbi.
- Penjenamaan semula Liga Bolasepak Selangor.
- Mempertingkatkan penganjuran kursus-kursus berkaitan bolasepak seperti pengurusan sukan / kepegawaian / kejurulatihan / kepengadilan.
- Menggerak dan memperhebatkan program-program pembangunan bolasepak secara menyeluruh di daerah-daerah negeri Selangor.
- Menyusun dan menstruktur semula program pembangunan dan elit bagi pasukan wanita / futsal / bolasepak pantai negeri Selangor.
- Pemantapan pengurusan ahli gabungan persatuan dalam mengurus tadbir kelab.
- Mewujudkan Kolaborasi dengan kelab penyokong pasukan bolasepak tempatan.
Memandangkan penstrukturan kelab bolasepak Selangor telah diswastakan sepenuhnya maka pengurusan adalah tanggungjawab syarikat yang menguruskan pasukan untuk mengembalikan reputasi dan kecemerlangan pasukan Selangor. Untuk itu tiada pembabitan kerajaan negeri Selangor secara langsung dalam pengurusan kelab.
Berikut adalah pencapaian pasukan Selangor dari tahun 2018 hingga 2022 sebagai rujukan :-\
Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri Selangor masih lagi menyediakan peruntukan dalam membantu pasukan bagi memastikan kesinambungan program pembangunan bola sepak terutamanya dari Persatuan Bolasepak Selangor (FAS). Terkini Kerajaan Negeri sangat komited untuk menyediakan fasiliti bolasepak terbaik kepada pasukan Selangor dengan meluluskan cadang pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam di Seksyen 13 Shah Alam melibatkan pembangunan tanah berkeluasan lebih 80 hektar. Pembinaan Stadium bolasepak merangkumi piawaian daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mampu memuatkan sehingga 35,000 – 45,000 orang penonton dalam satu-satu masa.