Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

26) AKTIVITI SUKAN BERBASIKAL

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah aktiviti berbasikal adalah dibenarkan di lebuhraya?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali ;

    Aktiviti kayuhan basikal tidak dibenarkan di lebuh raya kerana berbahaya kepada penunggang basikal dan pengguna lebuh raya disebabkan risiko berlakunya kemalangan disebabkan faktor perbezaan kelajuan antara kedua – dua kenderaan tersebut. Larangan aktiviti berbasikal di lebuh raya telah dijelaskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik PDRM pada tahun 2021 yang telah memaklumkan bahawa penunggang basikal yang melanggar undang – undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah – Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

    Untuk memastikan larangan berkenaan dipatuhi, LLM bersama syarikat – syarikat pengendali lebuh raya sentiasa bekerjasama dengan PDRM bagi memastikan tiada aktiviti berbasikal di lebuh raya menerusi pemantauan dan operasi yang dijalankan dari semasa ke semasa. Kempen – kempen keselamatan menerusi media sosial dan paparan di variable message signboard (VMS) yang terdapat di lebuh raya juga akan diteruskan dari semasa bagi memberikan kesedaran mengenai bahaya aktiviti berbasikal di lebuh raya. Daripada aspek perundangan, pihak LLM kini sedang dalam proses untuk mewartakan larangan berbasikal di semua lebuh raya agar tindakan yang lebih berkesan dapat diambil oleh PDRM untuk menangani perkara ini.

  2. Bagaimana meningkatkan tahap keselamatan penunggang basikal?

  3. Apakah kerajaan ingin menaiktaraf infrastruktur laluan basikal di Batu Arang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Majlis Perbandaran Selayang telah menyediakan kertas cadangan menaik taraf infrastruktur laluan basikal di Batu Arang dan telah membuat permohonan peruntukan bagi projek ini kepada pihak MOTAC, UPEN dan KPKT. Antara komponen yang dicadangkan ialah menyediakan laluan berbasikal beserta logo, safety bollard with reflector, membina papan tanda laluan basikal, tempat meletak basikal (bicycle rack), kawasan ketibaan tempat berkumpul dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.