Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

136) AKTIVITI PERDAGANGAN DI KAMPUNG BARU CINA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan dan menyokong perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Kampung Baru Cina bagi meningkatkan ekonomi tempatan?

    Bermula tahun 2021, Kerajaan Negeri telah melancarkan Program BAIK Selangor iaitu satu inisiatif yang bertujuan untuk mempromosi dan mengiktiraf produk-produk tempatan, khususnya dari Kampung Baru, supaya dapat menembusi pasaran antarabangsa.

    Melalui Program Bazar Jualan Produk Kampung Baru Selangor usahawan tempatan yang layak, akan menerima pengiktirafan “Produk BAIK” dan dipromosikan semasa Selangor New Village Festival. Festival ini dianjurkan bertujuan untuk mempamer dan mempromosikan produk-produk dari Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun di negeri ini.

    Produk-produk ini juga dipromosikan melalui pelbagai saluran, termasuk platform e-dagang dan bazar, dengan jumlah jualan melebihi RM400,000 dalam tempoh tiga bulan selepas program tersebut dilangsungkan.

    Secara keseluruhan, program BAIK Selangor memainkan peranan penting dalam memajukan produk tempatan dan meningkatkan ekonomi komuniti Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun di Negeri Selangor melalui pengiktirafan, promosi, dan sokongan berterusan kepada usahawan tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.