Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
240) AKTIVITI PENYEMBELIHAN AYAM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan sebab melarang aktiviti penyembelihan ayam di pasar.
Larangan penyembelihan ayam di pasar adalah bagi tujuan:
- Mengelakkan penyebaran penyakit seperti Avian Influenza bagi unggas seperti ayam yang telah dijangkiti ke pasar-pasar awam.
- Proses penyembelihan termasuk kawasan penyembelihan yang tidak bersih dan tidak mengikut kaedah yang ditetapkan akan menjadi risiko penyebaran penyakit berjangkit yang lain seperti Leptospirosis dan sebagainya.
-
Apakah tindakan kerajaan untuk membantu peniaga ayam untuk menyesuaikan dalam keadaan baru ini?