Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
273) AKTIVITI PENGELUARAN PASIR SUNGAI DI SUNGAI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah syarat-syarat keselamatan yang telah ditentukan oleh pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kepada pihak pengusaha pengorekan pasir sungai di Batu 8, Kampung Asahan Kuala Selangor untuk menjamin untuk berlakunya ban pecah?
Syarat-syarat keselamatan yang telah ditentukan oleh LUAS kepada pihak pengusaha pasir adalah seperti berikut:
- Pemegang Kebenaran bertulis hanya dibenarkan menjalankan pengorekan pasir di sepertiga tengah sungai;
- Pemegang Kebenaran Bertulis hanya dibenarkan mengambil pasir tidak melebihi 1m berdasarkan lebar sungai aiitu 20m hingga 50m;
- Pemegang Kebenaran bertulis dikehendaki memastikan kedudukan ‘stockpile’pasir perlulah sekurang-kurangnya 30m dari tebing sungai;
- Pemegang Kebenaran Bertulis dikehendaki memastikan kecerunan tebing sungai dikekalkan pada nisbah 1:3 untuk mengelakkan hakisan;
- Pemegang Kebenaran Bertulis hendaklah memastikan kerja-kerja di tapak dilakukan dengan cara dan kaedah yang tidak menyebabkan pencemaran kepada sumber air atau kerosakan kepada tebing dan persekitaran sumber air itu, melainkan dengan persetujuan bertulis Pengarah. Pencemaran yang dimaksudkan adalah pelanggaran mana-mana had piawaian bagi parameter yang telah ditetapkan menurut mana-mana undang-undang bertulis;
- Mana-mana kerosakan kepada tebing atau persekitaran kepada sumber air yang telah berlaku semasa tempoh kerja-kerja di tapak hendaklah dimaklumkan kepada pihak Lembaga dan kemudiannya dipulihkan dan diperbaiki kepada tahap yang memuaskan pihak