Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

46) AKTIVITI PENGELUARAN PASIR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adalah dimaklumi kawasan Berjuntai Bestari dan Pesisir Sungai Selangor adalah di antara kawasan utama bagi penghasilan pasir di Negeri Selangor. Senaraikan syarikat-syarikat yang telah diberi kelulusan untuk mengendalikan pengeluaran pasir di kawasan berkenaan bermula daripada April 2008?

    Berdasarkan rekod semasa (April 2008 – kini), Kerajaan Negeri belum meluluskan
    sebarang permit 4C bagi memindah dan mengeluar bahan batuan termasuk pasir di
    kawasan DUN Permatang.

  2. Senaraikan syarikat-syarikat yang telah dibatalkan kelulusan untuk mengendalikan pengeluaran pasir di kawasan berkenaan?

    Tiada.

  3. Apakah langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi membanteras aktiviti mencuri pasir?

    Kerajaan Negeri melalui Pentadbiran Tanah di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan
    Pentadbir Tanah Daerah mengadakan penguatkuasaan secara rondaan dan kawalan 24
    jam (Ops Statik) pada 23 Julai 2008 di kawasan-kawasan sensitif yang dikenalpasti
    manjadi lokasi utama pencurian pasir di semua daerah. Ops Statik berakhir pada 14
    Ogos 2008. Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan Program Rakan
    Pasir iaitu satu program yang menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk
    menyalurkan maklumat / aduan kes-kes pencurian pasir melalui Sistem Pesan Ringkas
    (SMS) kepada Pihak Berkuasa. Program ini dipantau oleh Bahagian Penguatkuasaan,
    Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan nombor talian yang disediakan ialah 33886.

Lampiran

Tiada Lampiran.