Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
270) AKTIVITI PEMBUNGAN SAMPAH HARAM MASIH BERLAKU DI LOT PT14936, 14937 DAN SEKITARNYA DI PERSIARAN MOKHTAR DAHARI KAMPUNG BUKIT CERAKAH. PADA TAHUN 2016 TELAH TERJADI KEBAKARAN TERBUKA DAN PENCEMARAN JEREBU ASAP KEPADA PENDUDUK DAN 2 BUAH SEKOLAH DISEKITAR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah luas lot terlibat dengan tapak pembuangan sampah haram?
Jawapan diselaraskan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.
-
Apakah bentuk tindakan oleh pihak pejabat Tanah Daerah?
Jawapan diselaraskan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.
-
Apakah laporan tindakan kes oleh pihak BOMBA dan MBSA?
Anggota Unit PANTAS MBSA dengan kerjasama pihak BOMBA dan Majlis Perbandaran Klang telah berjaya memadamkan keseluruhan kebakaran di lokasi berkenaan.
Laporan lengkap operasi adalah seperti berikut :-
Kekuatan Anggota : 11 anggota PANTAS MBSA 05 anggota PANTAS MPKTempoh pemadaman : 07 hari
(kebakaran bermula pada 26.02.2016 dan 03.03.2016)
Teknik pemadaman : – Teknik pemadaman biasa
- Teknik pemadaman Peat Fire-x
- Pengorekan dan pindah sampah
- Penutupan tanah merah
MBSA juga telah mengeluarkan notis amaran pada 29 Disember 2016 kepada pemilik tanah bagi membersihkan kawasan dan memberhentikan kerja-kerja berkaitan pembuangan sisa binaan yang telah dilakukan. Pada 16 Februari 2017, kompaun dikeluarkan kepada pemilik tanah atas sebab engkar arahan notis.