Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
137) AKTIVITI PEMBUANGAN SAMPAH TANPA IZIN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan tindakan keras yang pernah diambil terhadap aktiviti pembuangan sampah tanpa izin /tempat awam di Bukit Kemuning dan Kota Kemuning.
Tindakan keras yang pernah di ambil adalah seperti sitaan jentera dan lori oelh MBSA dan Tangkapan (pendakwaan) oleh pihak PDRM.
Pihak Majlis telah melakukan sitaan jentera dan lori yang didapati membuang sampah di tempat yang tidak diluluskan atau kawasan awam dan kerjasama oleh PDRM dapat menangkap (pendakwaan) operator bagi kesalahan pencerobohan tanah kerajaan
-
Sila nyatakan penguatkuasaan dan pemantauan yang telah diambil supaya ianya tidak berulang lagi.
Tindakan penguatkusaan dan pemantauan oleh Majlis adalah seperti berikut:
1) PENGUATKUASAAN (NOTIS / KOMPAUN)
Pihak Majlis akan mengenal pasti individu yang melakukan pembuangan sampah secara haram dengan menggunakan butir kenderaan individu berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan. Maklumat kenderaan akan digunakan untuk butiran notis dan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pembuangan, Pemungutan & Pelupusan Sampah Saram (MBSA) 2007 di bawah Peruntukan 4.
2) PENUTUPAN LALUAN / KAWASAN
Pihak Majlis akan melakukan penutupan laluan menggunakan bongkah batu seberat 1 Tan atau menggunakan batu ‘Road Barrier’ Sebagai halangan bagi mengelakkan pembuangan berlaku semula. Selain itu, kaedah korekan longkang pada laluan dan ‘Sealed-off’ juga akan digunakan namun kurang efektif.
3) PEMANTAUAN DAN PENGINTIPAN/RISIKAN
Pihak Majlis akan melakukan pemantauan dan intipan berkala pada waktu malam atas faktor kebanyakan individu yang melakukan pembuangan sampah haram kerap berlaku pada sekitar jam 7 malam hingga 12 tengah malam.
4) PEMASANGAN NOTIS BANNER
Kebanyakan isu tapak sampah haram berkaitan dengan tambakan tanah. Kebiasaannya operator/pemilik tanah memaklumkan ingin menambak tanah mereka untuk dijadikan tapak pembangunan, namun operator / pemilik tanah melakukan tambakan menggunakan sisa bahan binaan. Pihak Majlis akan meletakkan banner amaran pada laluan masuk sebagai peringatan supaya melakukan kerja tambakan tanah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak majlis
5) PEMBERSIHAN LOKASI ‘HOTSPOT’
Pihak Majlis akan melakukan pembersihan pada lokasi hotspot yang dikenal pasti sama ada melalui lantikan kontraktor atau secara pembersihan menggunakan IN-HOUSE. Jika pembersihan dilakukan di atas tanah persendirian atau pemilikan individu, keseluruhan kos pembersihan akan dituntut semula kepada pemilik tanah disebabkan pemilik tanah membiarkan tanah mereka diceroboh dan dijadikan tempat pembuangan sampah haram.
6) PEMASANGAN PAPAN TANDA
Pihak Majlis akan melakukan pemasangan papan tanda selepas kerja-kerja pembersihan pada lokasi sampah haram telah siap
7) JAWATANKUASA PEMBASMIAN TAPAK SAMPAH HARAM (JKPTSH)
Pihak Majlis telah menubuhkan satu jawatankuasa (JKPTSH) bermula pada 2017 bagi menangani isu pembasmian tapak sampah haram di sekitar Bandaraya Shah Alam.. Mesyuarat Jawatankuasa ini akan membincangkan masalah berkaitan lokasi tapak sampah haram sama ada lokasi baru ataupun lokasi sedia ada. Terdapat beberapa agensi luar teknikal yang turut serta dalam Mesyuarat jawatankuasa ini, antaranya :-
Pejabat Tanah & Galian Selangor (PTG)
Pejabat Daerah & Tanah Klang (PDT Klang)
Pejabat Daerah & Tanah Petaling (PDT Petaling)
Jabatan Pengairan & Saliran Selangor (JPS)
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS)
Jabatan Bomba & Penyelamat
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Jabatan Dalaman Teknikal MBSA, DLL