Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

26) AKTIVITI PEMBANGUNAN KAMPUNG

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap balai raya di tiga kampung di Daerah Sabak Bernam yang tidak digunakan sejak tahun 2008?

    Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap balai raya di tiga kampung di Daerah Sabak Bernam yang tidak digunakan sejak tahun 2008 adalah seperti berikut:

    1. Hasil semakan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam mendapati bahawa balai raya di tiga buah kampung di Daerah Sabak Bernam adalah berstatus tanah persendirian / individu dan pihak pemilik tanah tersebut tidak memberikan keizinan untuk menggunakan balai raya tersebut. Pihak Pejabat Daerah tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana ia akan dianggap sebagai pencerobohan.
    2. Sebagai salah satu langkah alternatif ialah pihak Kerajaan Negeri menyediakan kabin bagi memudahkan pihak JKKK menjalankan aktiviti. Kabin tersebut diletakkan di kawasan tanah Pengerusi JKKK sehingga tamat tempoh Pengerusi JKKK tersebut memegang jawatan. Bagi memastikan aset kerajaan negeri terjamin, satu perjanjian di antara pihak JKKK dengan Pejabat Daerah dibuat bagi membolehkan pihak Pejabat Daerah mengeluarkan / mengambil alih kabin berkenaan jika perlu.
  2. Apakah status semasa berkenaan dua kampung di Daerah Sabak Bernam dan tiga kampung di Daerah Hulu Selangor yang dilaporkan tidak mempunyai sebarang kemudahan riadah dan rekreasi?

    Status semasa berkenaan dua kampung di Daerah Sabak Bernam yang tidak dilaporkan tidak mempunyai sebarang kemudahan riadah dan rekreasi adalah seperti berikut:
    1. Tiada tapak yang sesuai (tanah kerajaan). Walau bagaimanapun, jumlah penduduk yang terlalu kecil membolehkan penduduk berkongsi kemudahan rekreasi dengan kampung bersebelahan.
    2. Surat permohonan bagi mendapatkan kemudahan riadah dan rekreasi telah dihantar ke pihak UPEN. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri dan PDT sedang berusaha mengenal pasti kemudahan rekreasi / riadah di kampung bagi memastikan penduduk kampung mendapat kemudahan sebagaimana yang dinikmati oleh penduduk di kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan.

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap tiga kampung di Daerah Hulu Selangor, satu kampung di Daerah Sepang dan empat kampung di Daerah Sabak Bernam yang dilaporkan masih tidak mempunyai kedai PLB?

    Empat buah kampung di Daerah Sabak Bernam yang tidak mempunyai kedai PLB adalah kerana tiada lagi tanah kerajaan yang sesuai untuk di bina Kedai PLB. Selain itu, tiada keperluan mendesak untuk membina baru kedai PLB memandangkan jumlah penduduk yang agak kurang. Pada masa ini, semua pengurusan kedai PLB sedia ada telah di serahkan pada pihak Majlis Daerah Sabak Bernam mulai Tahun 2005.

Lampiran

Tiada Lampiran.