Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
157) AKTIVITI MELETUP BATU BATA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Aktiviti meletup batu bata bukit di tepi tapak kawasan Perumahan Bandar Damai Perdana Seksyen 10 (Fasa 2), Cheras, Selangor menyebabkan retakkan dinding rumah sangat serius. Apakah tindakan penguatkuasaan Kerajaan Negeri untuk memastikan aktiviti berbahaya ini tidak berulang?
Pihak Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor/ Wilayah Persekutuan merupakan agensi yang memberikan kelulusan bagi kerja-kerja letupan batu. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan perlu dibuat oleh agensi yang memberikan kelulusan. Bahagian Pelesenan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pula merupakan agensi yang memberi kelulusan bagi membekal dan membawa bahan letupan ke tapak
-
Berapakah jumlah rumah terlibat mengalami keretakan dinding?
Berdasarkan aduan yang diterima, sebanyak 80 unit rumah yang terlibat. Walau bagaimanapun , berdasarkan lawatan tapak yang telah dibuat pada 27 / 7 / 2013 terdapat hanya 10 unit rumah di mana 4 unit rumah kritikal (2 unit telah siap manakala 2 unit rumah masih dalam proses pembaikan) dan 6 unit rumah mengalami masalah
-
Siapakah bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pembaikan?
Pemaju Medan Damai Sdn. Bhd. adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi membaiki kerosakan rumah-rumah yang