Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
54) AKTIVITI LORI SAMPAH HARAM DI SG. PUSU DAN SRI GOMBAK FASA 8
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah lori sampah haram yang sudah disita di Sg. Pusu dan di Sri Gombak Fasa 8?
JAWAPAN DARIPADA MPS
Sitaan Lori Sampah bagi Tahun 2017 (Mei-Oktober) Kg Sg pusu – 29 buah lori
Sri Gombak Fasa 8 (Jln 8/1) – 3 buah lori Town Villa (Jln 8/11) – 8 buah lori Jumlah Keseluruhan = 40 buah lori
- JAWAPAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)
Pemilik lori sampah king ada menghantar surat peguam untuk ambil tindakan mahkamah terhadap MPS oleh kerana Lori milik beliau ditahan di Fasa 8 Sri Gombak
JAWAPAN PD/T GOMBAK
Pejabat Daerah dan Tanah Gombak telah menghadapi tindakan undang- undang bagi kes perampasan tanah di Sungai Pusu akibat daripada pelanggaran syarat tanah berikutan aktiviti pembuangan sampah haram. Pada peringkat permulaan, Notis 7A KTN telah dikeluarkan. Setelah tiada tindakan pemulihan dilakukan pemilik, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak telah mengeluarkan Notis 7B KTN dan seterusnya melaksanakan perampasan tanah melalui Notis 8A KTN. Kesan daripada perampasan tanah tersebut, pemilik asal telah memfailkan rayuan di atas tindakan Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak ke Mahkamah Tinggi menerusi Seksyen 418 KTN.
Di Peringkat Mahkamah Tinggi, rayuan pemilik asal tersebut telah ditolak maka pemilik tersebut telah memanjangkan perkara ini ke peringkat Mahkamah Rayuan. Namun, Mahkamah Rayuan telah menerima rayuan pemilik asal dan tanah tersebut dikembalikan kepada pemilik asal tersebut. Merujuk kepada Kamar Penasihat Undang-undang, permohonan rayuan yang difailkan di bawah Seksyen 418 KTN hanya meliputi sehingga peringkat Mahkamah Rayuan dan ianya tidak boleh dipanjangkan lagi.
-
Adakah pihak MPS dan Pejabat Tanah Gombak menghadapi tindakan undangundang dari pemilik lori dan tuan tanah tempat pembuangan sampah haram?