Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
96) AKTIVITI KOREK PASIR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permit yang dikeluarkan untuk tujuan mengorek pasir di dalam Kawasan DUN Semenyih?
Setakat ini tiada permit pasir dikeluarkan di DUN Semenyih.
-
Apakah tindakan yang telah diambil atau bakal diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk mengawal dan menyelia aktiviti mengorek pasir sama ada dengan permit yang sah ataupun secara haram yang berleluasa kini?
Tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani isu
kecurian pasir adalah seperti berikut: –
- Menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi mengawal pemasaran pasir di Negeri Selangor;
- Melaksanakan Operasi Statik 24 jam di lokasi-lokasi yang dikenalpasti menjalankan aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah; dan
- Operasi serbuan dan penangkapan.
-
Bagaimanakah butir-butir maklumat syarikat, pemilik, lesen, kuantiti, tempoh dan sebagainya yang mendapat permit sah untuk mengorek pasir boleh diperoleh secara jelas dan adakah maklumat berkenaan boleh dipaparkan melalui papan-papan tanda di kawasan-kawasan berkenaan untuk makluman dan pemantauan oleh penduduk tempatan?
Bagi setiap permit 4C yang diluluskan, setiap pengusaha dikehendaki menyediakan papan tanda di kawasan yang telah diluluskan permit pasir dengan memaparkan nama syarikat, no permit, tempoh permit dan sebagainya bagi memberi makluman kepada orang ramai dan memudahkan pemantauan Pihak Berkuasa.