Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

31) AKTIVITI KEDAI MESIN JUDI / RUMAH URUT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kegiatan mesin judi serta rumah urut makin berleluasa di kawasan Pelabuhan Klang. Mengapakah pihak PBT tidak mengambil tindakan segera dalam membendung dan menangani permasalahan ini?

    PBT sentiasa mengabil tindakan terhadap semua perniagaan yang tidak berlesen. Untuk aktiviti perjudian PBT akan bersama PDRM untuk membenteras perkara tersebut. Ini kerana PBT tidak mempunyai kepakaran dalam perjudian siber.

  2. Apakah peniaga-peniaga tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah?

    Majlis Perbandaran Klang, premis perniagaan yang berdaftar dan berlesen:

    1. Pusat siber – 5
    2. Rumah Urut – 7
  3. Sila nyatakan senarai terkini peniaga-peniaga tersebut di kawasan Pelabuhan Klang?

    Senarai rumah urut yang beroperasi di Pelabuhan Klang adalah seperti di lampiran A dan senarai pusat siber seperti di lampiran B.

Lampiran

Tiada Lampiran.