Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

21) AKTIVITI KEDAI MESIN JUDI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kegiatan mesin judi makin berleluasa di Pelabuhan Klang. Mengapakah pihak PBT tidak mengambil tindakan bagi mengatasi masalah begini?

    Merujuk statistik pada tahun 2009, pihak penguat kuasa MPK mengenal pasti 28 buah premis pusat siber tidak berlesen dan 34 sitaan dikenakan pada semua premis yang dikenal pasti menjalankan perniagaan pusat siber di sekitar Pelabuhan Klang. Sebanyak 370 unit set komputer telah  disita  sepanjang operasi sitaan dijalankan dari bulan Januari sehingga Disember

  2. Adakah pihak PBT sudah dibeli supaya tidak mengenakan tindakan ke atas pengusaha kedai mesin judi?

    Untuk makluman, pihak MPK tiada kepakaran bagi mengenal pasti permainan komputer mesin judi seperti pihak polis. Pihak MPK hanya menjalankan tindakan ke atas premis yang menjalankan aktiviti mesin judi ini di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007. Pihak penguat kuasa MPK sering kali menjalankan operasi bersepadu bersama pihak polis IPD Klang bagi mengatasi masalah kedai video game di sekitar daerah

Lampiran

Tiada Lampiran.