Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
223) AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN KEBERSIHAN AWAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pandangan Kerajaan Negeri untuk menandatangi Akta 672?
Pada masa ini Kerajaan Negeri Selangor kekal untuk tidak mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) sejak ia dikuatkuasa oleh Kerajaan Persekutuan pada 1 September 2011 di mana Kerajaan Negeri Selangor telah dikecualikan penggunaan Akta 672 berdasarkan surat Maklumbalas daripada pihak Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 10 Oktober 2011. Dasar ini selaras dengan keputusan MMKN Ke 15/2023 yang diadakan pada 7 Jun 2023 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 16/2023 pada 16&17 Jun 2023 telah menimbangkan dan menolak cadangan pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) Bagi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di Negeri Selangor.
-
Apakah kelebihan dan kekurangan jika menandatangi Akta 672?
Antara kelebihan dan kekurangan pemakaian Akta 672 adalah seperti berikut:-
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri sekiranya telah menandatangi akta ini?
Apabila Kerajaan Negeri menandatangani Akta 672, Akta ini telah memberikan kuasa untuk Kerajaan Persekutuan mengambil alih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. Semua Pengusaha bagi Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, pengusaha bagi Perkhidmatan pengurusan pembersihan awam serta pengendali apa-apa kemudahan pengurusan sisa pepejal dikehendaki membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bagi mendapatkan lesen sebelum Perkhidmatan dapat diberikan. Semua kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan dilaksanakan oleh Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam atau lebih dikenali sebagai SWCorp dan mengambil alih tanggungjawab daripada semua PBT. SWCorp bertanggungjawab mengurus dan mengoperasikan semua tapak pelupusan yang diuruskan oleh PBT termasuk mengenal pasti dan menilai tapak pelupusan sanitari, stesen pemindahan, teknologi incinerator dan pengurusan loji.