Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
225) AKSES PENDIDIKAN TINGGI ORANG ASLI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan Orang Asli di Selangor meneruskan pengajian di institusi pendidikan tinggi (IPT)?
Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menyediakan pelbagai bantuan bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam arus pendidikan, sama ada pendidikan rendah atau tinggi, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan Orang Asli tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan dan mempunyai peluang yang sama dengan kaum lain dengan memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Program-program yang dilaksanakan adalah seperti:
- Bantuan pakaian seragam sekolah kepada murid Darjah 1 dan Tingkatan 1;
- Bantuan wang saku RM4.00 sehari kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5;
- Bantuan biasiswa kepada pelajar yang memasuki IPTA;
- Yuran Sekolah dan Pelbagai;
- Program Motivasi Pelajar; dan
- Anugerah Murid Cemerlang Orang Asli (AMCOA).
Selain itu juga, Kerajaan Negeri melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) ada menyediakan inisiatif pelajaran seperti Biasiswa Sagong Tasi khusus kepada pelajar orang asli yang menuntut di IPTA. Selain itu, Biasiswa Sagong Tasi ini juga disediakan dari peringkat sekolah menengah. Ini merupakan galakan anak orang asli yang lahir di Negeri Selangor untuk terus menuntut ilmu.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan :
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KETERANGAN KELAHIRAN · Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan · Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan
· Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
· Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
· Pemohon telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
PERINGKAT PENGAJIAN Pemohon telah mendaftar pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon) PENAJAAN · Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN dari lain-lain penaja PENCAPAIAN AKADEMIK · Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan TAHUN PENGAJIAN · Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian. Kadar pembiayaan pula adalah berbentuk yuran pengajian mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti serta elaun sara diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.
TKWBNS juga menawarkan Biasiswa kepada masyarakat Orang Asli yang merupakan anak Negeri Selangor untuk melanjutkan pengajian di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) melalui Program Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN) yang dibuka pada setiap tahun dan diurussetiakan oleh Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Syarat-syarat Am Program Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN) adalah seperti berikut:
- Pemohon dan ibu dan bapa merupakan Warganegara Malaysia; dan
- Pemohon, ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor; (keutamaan diberikan kepada anak Selangor)
- Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.
- Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.
- Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
- Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)
- Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok).
- Salinan Sijil Lahir Pemohon, Salinan My Kad Pemohon, Bapa dan Ibu, Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah dan Menengah), Salinan Keputusan SPM/ STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma (mana yang berkaitan).
- Salinan Slip Gaji Terkini (Ibu dan Bapa/Penjaga), Pesara Sila Kepilkan Salinan Penyata Pencen Bulanan Atau Jika Bekerja Sendiri/Tidak Bekerja/Suri Rumah dan Pengesahan Pendapatan (Disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok sahaja)
- Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan PENGESAHAN MASTAUTIN yang disahkan oleh Ketua Kampung/ ADUN/ Penghulu/ Pengerusi Taman / Penghulu Mukim / Ketua Blok sahaja)
- Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
- Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.
- Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian / online dalam tempoh DUA MINGGU selepas TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
-
Nyatakan statistik Orang Asli di Selangor yang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi bagi tahun 2022 dan 2023.
Statistik Orang Asli di Negeri Selangor yang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi adalah seperti jadual berikut:
TAHUN 2022 TAHUN 2023 52 orang
65 orang