Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
149) AKHBAR SELANGORKINI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan secara detail apakah peranan utama dan keberkesanan Akhbar Selangorkini dalam menyampaikan maklumat Kerajaan Negeri kepada rakyat?
Akhbar Selangorkini berperanan menyampaikan maklumat dan penerangan mengenai dasar dan aktiviti kerajaan Negeri Selangor pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Bin Ibrahim, barisan EXCO dan Adun di negeri ini kepada segenap lapisan rakyat. Ia perlu kerana maklumat berkaitan dasar dan aktiviti itu kerap kali digelapkan oleh media arus perdana yang dikawal kerajaan Pusat. Malah, banyak dasar dan isu berkaitan kerajaan Negeri Selangor di manipulasi dan diputar belit hingga mengelirukan rakyat negeri
Keberkesanan Selangorkini terserlah apabila rakyat tidak lagi mempercayai bulat-bulat inti pati media arus perdana sebaliknya membandingkan fakta dengan akhbar ini.
Akhbar ini juga menjadi sumber maklumat utama di kalangan masyarakat desa yang kurang mesra dengan aplikasi media sosial, lebih-lebih lagi golongan 40 tahun ke atas yang kurang mahir dengan teknologi maklumat.
Sekali gus, ia membawa kepada rakyat yang celik maklumat dan berfikiran kritik serta bijak membuat penilaian dalam sesuatu isu.
-
Sila nyatakan jumlah kos penerbitan bagi setiap keluaran dan nama syarikat yang dilantik bagi mengendalikan penerbitan tersebut?
Jumlah kos penerbitan bagi setiap keluaran adalah sebanyak RM114,447 dengan kadar RM0.65 senaskhah (meliputi kos edaran, penerbitan, pengurusan termasuk sumber manusia). Hanya Communication Corporation Sdn Bhd mengendalikan penerbitan
-
Sila nyatakan berapakah jumlah naskhah Akhbar Selangorkini edisi Mandarin yang diterbitkan dan berapakah naskhah yang diterima serta diedarkan oleh setiap DUN?
Akhbar Selangorkini – Mandarin telah diterbitkan dua minggu sekali dengan jumlah cetakan 75,000 setiap edisi. Sehingga 8hb November 2013 sebanyak 5 edisi telah dikeluarkan dengan jumlah keseluruhan 375,000 naskhah. Sebanyak 70,300 naskhah telah diedarkan kepada 56 DUN manakala 4,700 naskhah diedarkan di 15 pasar raya besar di Selangor. Setiap DUN menerima jumlah Selangorkini – Mandarin dengan kuantiti yang berbeza berdasarkan 10% daripada jumlah kaum Cina di kawasan DUN tersebut.