Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

184) AKHBAR SELANGORKINI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kos keseluruhan penerbitan akhbar Selangorkini yang diperuntukan untuk sepanjang tahun?

    Jumlah keseluruhan peruntukkan akhbar Selangor Kini bagi tahun 2015 adalah berjumlah RM8,478,486.03 yang mana merangkumi kos gaji staf editorial, kos percetakan akhbar, kos pengedaran akhbar, kos penterjemahan dan lain-lain kos sampingan berkaitan pengeluaran akhbar Selangor

  2. Apakah matlamat utama penerbitan akhbar ini dan adakah ianya telah tercapai?

    Mewujudkan sistem komunikasi berkesan di antara Kerajaan Negeri dan rakyat negeri Selangor demi mewujudkan perkongsian harmoni dalam membangunkan Negeri Selangor. Berupaya menyebarluaskan kefahaman mengenai dasar dan halatuju Negeri dan mampu mengumpul maklumbalas daripada rakyat. Pemantauan dan kaji selidik berterusan sedang di lakukan untuk mengenal pasti hasil penyebaran informasi dan berita kepada rakyat Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.