Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
211) AKHBAR SELANGOR TIMES
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah peranan utama Akhbar tersebut ?
Peranan Selangor Times sama seperti peranan Selangorkini iaitu menyebarkan maklumat yang betul kepada rakyat di negeri Selangor. Bezanya hanyalah akhbar ini berbahasa Inggeris dan disasarkan kepada penduduk di kawasan bandar.
-
Sila perjelaskan apakah punca utama penerbitan Akhbar tersebut diberhentikan ?
Untuk makluman dewan, pengeluaran akhbar Selangor Times merupakan usaha yang dibuat oleh Koridor Mesra Sdn. Bhd dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat dan bukan berasaskan keuntungan. Kerajaan negeri tidak mengeluarkan wang perbendaharaan negeri untuk keluaran atau percetakan akhbar Selangor Times. Ianya 100% usaha komersial pihak berkenaan. Operasi Selangor Times adalah melalui sumbangan dari penderma dan jualan iklan oleh syarikat-syarikat. Namun dua bulan sebelum PRU-13, pihak Koridor Mesra Sdn. Bhd. Telah memaklumkan kepada Pejabat Menteri Besar bahawa mereka tidak mempunyai dana yang cukup dan terpaksa memberhentikan pengeluaran akhbar Selangor Times. Kerajaan Negeri tiada halangan di atas keputusan tersebut.
-
Sila nyatakan secara detail apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu penerbitan semula Akhbar tersebut dalam bentuk dan format yang sama ?
Buat masa ini, pihak kerajaan berhasrat untuk memberi tanggungjawab kepada anak syarikat negeri, Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) untuk menerbitkan akhbar berbahasa Inggeris untuk Selangor kerana ianya lebih efektif dari sudut kos dan pengurusan.