Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

40) AKAUN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah akaun kewangan semasa negeri Ð simpanan, kutipan dan perbelanjaan.

    Simpanan Kerajaan Negeri tidak termasuk Akaun Amanah dan Deposit pada 15 Julai 2016 adalah berjumlah RM2,598.08 juta.

    Prestasi kutipan hasil sebenar Kerajaan Negeri Selangor sehingga 15 Julai 2016 berbanding Anggaran Hasil 2016 adalah 78.18% iaitu RM1,758.95 juta. Manakala perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan sehingga 15 Julai 2016, masing-masing, adalah berjumlah RM756.45 juta (iaitu 52.53% dari Belanjawan 2016) dan RM478.77 juta (iaitu 33.25% dari Belanjawan 2016) dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM1,235.22 juta.

     

  2. Bagaimanakah negeri dapat mengekalkan pengurusan akaun yang berhemah?

    Kecemerlangan dan ketelusan dalam pengurusan kewangan Kerajaan Negeri adalah menjadi asas utama dalam pengurusan dan pengagihan sumber kewangan Kerajaan Negeri. Ini adalah merupakan tanggungjawab dan amanah yang besar dan penting bagi setiap penjawat awam. Justeru, untuk mengekalkan pengurusan akaun yang berhemah, Kerajaan Negeri menuntut penghayatan nilai integriti dan akauntabiliti dalam mengekalkan etika dan tadbir urus kewangan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.