Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

100) AJK MASJID

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri ada berura-ura untuk menurunkan kuasa kepada pegawai-pegawai masjid bagi membanteras masalah sosial melibatkan agama Islam dalam masyarakat. Apakah pegawai-pegawai masjid akan mengambil alih peranan penguatkuasa JAIS?

    Pegawai-pegawai masjid yang terdiri dari Nazir, Imam, Bilal dan Siak berperanan
    untuk membantu Penguatkuasaan JAIS dalam melaksanakan penguatkuasaan
    Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Dalam hal ini pegawai-pegawai
    masjid juga boleh melaksanakan penangkapan terhadap orang Islam yang melanggar
    Enakmen tersebut.

  2. Apakah pegawai-pegawai masjid mempunyai cukup latihan dari sudut undang-undang dan penguatkuasaan?

    Pegawai-pegawai masjid telah diberi pendedahan dalam bentuk taklimat yang
    berterusan bagi memastikan mereka mendapat kefahaman yang mencukupi bagi
    melaksanakan tugas penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor)
    1995. Dengan kefahaman yang menyeluruh mereka akan berkeyakinan untuk
    menjalankan tugas dengan cemerlang.

Lampiran

Tiada Lampiran.