Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
208) AJARAN SESAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah ajaran sesat yang terdapat di Negeri Selangor yang mengancam akidah umat Islam ?
Berdasarkan Warta Kerajaan Negeri Selangor dari 29 Ogos 1991 sehingga 11 Oktober 2018, fatwa ajaran sesat yang telah diwartakan adalah sebanyak 45 Fatwa (Fatwa Asal dan Fatwa Pindaan) yang merujuk kepada 37 Kumpulan Ajaran Sesat di Negeri Selangor. Berdasarkan aduan-aduan yang diterima setakat ini terdapat 15 ajaran yang masih aktif seperti berikut :
Bil. Nama Ajaran/Pemikiran/Amalan Elemen Kesalahan Tarikh Fatwa Tarikh Warta 1. Ajaran Qadiani / Ahmadiah 10 22.06.1998 24.09.1998 2. Fahaman Syiah 22 19.01.1998 17.10.2013 (PINDAAN) 3. Pemikiran Liberalisme Dan Pluralisme Agama – 06.06.2013 31.07.2014 4. Hizbut Tahrir 7 04.02.2014 17.09.2015 5. Ajaran Islam Jamaah 11 19.02.1998 24.09.1998 6. Ajaran Kumpulan Negara Islam Indonesia (NII) 10 14.10.2009 16.03.2011 7. Ajaran Millah Abraham 8 20.08.2014 17.09.2015 8. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit 12 17.04.1998 24.09.1998 9.
Al-Arqam / Rufaqo’
21
12.07.1994
04.02.1993 (Warta)
11.08.1994
(Pindaan)
21.12.2006
(Pindaan)
10. Persatuan Perguruan Budi Suci Sejati – 02.11.2010 07.07.2011 11. Tarekat Naksyabandiyah Kadirun Yahya 8 03.08.1995 14.09.1995 12. Tarekat Samaniah Ibrahim Bonjol 16 19.01.1998 24.09.1998 13. Aurad Ismailiah (Mahmud Bin Hj. Abd. Rahman) 12 16.09.1995 23.11.1995 14. Kumpulan Militan Islamic State (IS) 13 11.08.2015
03.02.2016
15.
Ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas Dan Lain-Lain Oleh Ismail Bin Kassim Dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT)
15 21.08.2018 11.10.2018 -
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras kegiatan ajaran-ajaran sesat tersebut?
Pelbagai langkah telah dan sedang dilaksanakan oleh agensi-agensi Islam di Selangor iaitu:
Jabatan Agama Islam Selangor
Sepanjang tahun 2018 hingga Februari 2019 sebanyak 16 aduan diterima berkaitan dengan ajaran sesat. Dari jumlah tersebut sebanyak 12 tangkapan telah dibuat. Selain itu, 8 operasi ajaran sesat juga telah dilaksanakan dalam tempoh tersebut yang melibatkan ajaran salah seperti Syiah dan Millah Abraham.
Bahagian Dakwah melaksanakan program-program intervensi dan advokasi seperti mengadakan seminar, muzakarah dan latihan perkaderan kepada pemegang tauliah dan orang awam. Antara program yang dilaksanakan ialah Seminar Penjelasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Seminar Khilafiah 4 Mazhab, & Seminar Menangani Gejala LGBT.
Jabatan Mufti Negeri Selangor:
Mengeluarkan fatwa berkaitan ajaran atau fahaman yang menggugat akidah umat Islam seterusnya memperhebat program-program penerangan dan hebahan fatwa.