Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
12) AJARAN SESAT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah ajaran sesat yang telah diambil tindakan sekarang?
Sepanjang tahun 2011 hingga kini tindakan yang telah diambil seperti berikut :
- Tindakan bagi kes melanggar fatwa di bawah 12 (c ) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No. 9 Tahun 1995 sebanyak 11 kes.
- Tindakan bagi kes doktrin palsu atau dakwaan palsu sebanyak 18
-
Apakah bentuk pemantauan yang dilakukan untuk mengelakkan merebaknya ajaran sesat berleluasa? dan nyatakan bagaimana pemantauan yang dilakukan untuk membendung fahaman Syiah di Selangor berleluasa?
Satu jawatankuasa khas menangani ajaran sesat telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, JAIS bagi mengambil tindakan terhadap dua kumpulan ajaran sesat yang besar iaitu Al-Arqam dan Syiah. Ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada Ketua-ketua Unit Penguatkuasaan Agama Daerah (KUPAD) yang akan memantau bentuk pengajaran, pengamalan atau penyebaran serta menerbitkan dalam apa-apa bentuk versi atau variasi atau apa-apa bahan publisiti bagi tujuan penyebaran ajaran atau fahaman Syiah dan Al-Arqam. Selain dua ajaran ini jawatankuasa ini juga memantau bagi kesalahan menyebarkan doktrin-doktrin dan dakwaan palsu oleh kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang belum difatwakan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri
-
Berapakah jumlah kes jenayah syiah di Negeri Selangor mengikut Daerah untuk tahun 2011/2012?
Jumlah kes jenayah Syiah satu daerah sahaja iaitu Gombak sebanyak 2 kes di bawah Seksyen 12 (c ) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No. 9 tahun 1995 (melanggar fatwa)