Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

36) AIR TIDAK TERHASIL (NON REVENUE WATER)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan yang ada pada Air Selangor untuk menurunkan kadar NRW ke paras kurang daripada 20% menjelang 2020?

    Kadar NRW telah dirancang untuk diturunkan ke tahap 28% pada tahun 2020 dan seterusnya ke tahap 20% pada tahun 2035 daripada tahap NRW 31% pada tahun 2017. Antara program NRW dan inisiatif-inisiatif yang dijalankan berdasarkan pelan perniagaan tersebut adalah seperti berikut:

     

    • Program Pengesanan Kebocoran Aktif (‘Aktive Leakage Detection’) pada paip retikulasi;
    • Pengesanan kebocoran pada paip utama dengan menggunakan alat pengesanan kebocoran yang berteknologi tinggi;
    • Pengawasan dan amaran awal apabila berlaku kes paip pecah dan bocor melalui pemantauan Pressure Transient;
    • Pembentukan Zon Permeteran Daerah (‘District Metering Zone’),
    • Pembentukan Kawasan Imbangan Air (Water Balance Area) dengan Pengurusan Tekanan Air;
    • Penukaran paip komunikasi yang berselerak dan lama;
    • Penukaran meter Loji Rawatan Air (LRA);
    • Pelaksanaan program pengurusan tekanan air yang sistematik;
    • Program penukaran meter air pengguna yang lama/rosak;
    • Pensaizan semula meter air pengguna; dan
    • Penukaran Meter Mekanikal kepada Meter Elektromagnetik
  2. Berapakah banyak peruntukan diperlukan untuk mencapai matlamat ini?

    Berdasarkan pelan perniagaan yang telah dirancang, keseluruhan kos bagi kerja- kerja penurunan NRW telah dianggarkan sebanyak RM13.6 billion selama 30 tahun termasuk kos kerja penukaran paip lama.
  3. Bagaimanakah Air Selangor akan memperolehi peruntukan kewangan yang diperlukan ini?

     

    Bagi membiayai kerja-kerja penurunan NRW, sumber-sumber kewangan yang dicadangkan ialah:

     

    i)                    Pembiayaan melalui PAAB;

    ii)                   Geran dari KeTTHA;

    iii)                 Peruntukan dari Kerajaan Negeri; dan

    iv)                 Peruntukan dana dalam Air Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.