Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
170) AIR TERJUN SUNGAI GABAI, HULU LANGAT
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Air Terjun Sungai Gabai Hulu Langat merupakan destinasi pelancongan yang menarik bagi negeri Selangor dan menerima ramai pengunjung pada hujung minggu. Adakah kerajaan negeri atau PBT mempunyai rancangan untuk menaiktaraf kawasan pelancongan tersebut ?
Pihak PBT tidak mempunyai peruntukan sewajarnya bagi tujuan menaiktaraf kawasan tersebut dalam tempoh terdekat.
-
Adakah kerajaan negeri atau PBT bercadang melebarkan jalan masuk ke kawasan air terjun terbabit yang begitu sempit dan menyukarkan pengunjung untuk datang ?
Jalan yang dimaksudkan bukan diselenggara oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang kerana di luar kawasan operasi.
-
Sila berikan maklumat lengkap badan ngo atau pihak swasta yang mengendalikan kawasan tersebut sekiranya tidak dikendalikan oleh pihak PBT ?
Kawasan tersebut dikendalikan oleh JKK Bt 21 Kg Sg Lui Hulu Langat. Pihak yang terlibat boleh dihubungi En. Alias 019-659 6604.