Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
103) AIR TERAWAT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah loji pembersihan air, lokasi dan kapasitinya di Selangor?
Loji Rawatan Air yang ada di Negeri Selangor semuanya berjumlah 34 termasuk satu Loji Rawatan Air Sungai Labu yang baru beroperasi pada 01 Jun 2012.
Senarai Loji Rawatan Air adalah seperti berikut:-
Bil Loji Rawatan Air Kapasiti Reka Kapasiti Overload / bentuk (JLH) Boleh diagihkan (JLH) 1 Sg Selangor Phase 1 950 780.00 2 Sg Selangor Phase 2 950 965.00 3 Sg Selangor Phase 3 (Bkt Badong) 800 680.00 4 Sg Semenyih 546 665.00 5 Sg Langat 386 472.56 Bil Loji Rawatan Air Kapasiti Reka Kapasiti Overload / bentuk (JLH) Boleh diagihkan (JLH) 6 Rasa 250 150.00 7 Bukit Nanas 145 145.00 8 Sungai Batu 113 130.00 9 Wangsa Maju 45 45.00 10 Bernam River Headworks 40.60 40.60 11 Bukit Tampoi 31.50 32.64 12 Rantau Panjang 31.50 31.50 13 Sungai Sireh 27.00 27.00 14 Cheras 27.00 27.00 15 Gombak 22.50 22.50 16 North Hummock 22.50 22.50 17 Batang Kali 20.30 20.30 18 Ampang Intake 18.00 18.00 19 Salak Tinggi 10.80 10.80 20 Sungai Rangkap 9 9.00 21 Kalumpang 6.70 6.70 22 Kuala Kubu Bharu 6.70 6.70 23 Kepong 4.40 2.30 Bil Loji Rawatan Air Kapasiti Reka Kapasiti Overload / bentuk (JLH) Boleh diagihkan (JLH) 24 Sungai Rumput 2.80 4.50 25 Sungai Pangsoon 1.80 1.80 26 Sungai Selisek 1.30 1.30 27 Sungai Tengi 1.30 1.30 28 Sungai Dusun 1.30 1.30 29 Sungai Buaya 0.90 0.90 30 Sungai Serai 0.90 0.90 31 Air Keroh 0.50 0.50 32 Lolo Baru 1.04 3.00 33 Lolo Lama 0.40 0.40 34 Sg Labu 105 45 TOTAL 4,476 4,371 -
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri bagi memastikan masalah ini tidak akan berlaku?
Untuk tempoh 20 tahun akan datang, dijangkakan akan berlaku pertambahan penduduk dan pembangunan ekonomi. Pertambahan penduduk serta pertumbuhan ekonomi yang rancak secara langsung akan mendorong kepada permintaan air bersih yang lebih tinggi manakala pembekalan air tidak berubah. Sama ada khabar angin mengenai Selangor akan menghadapi masalah bekalan air itu benar atau sebaliknya, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengambil langkah positif untuk memastikan rakyat Selangor sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi.
Beberapa projek sumber air tambahan telah pun dilaksanakan bagi memastikan sumber bekalan air adalah mencukupi, antaranya adalah seperti berikut:-
No Nama Projek Kapasiti Tambahan (mld) 2012 2013 2014 2015 Jumlah Nota 1. Projek Pembangunan
Loji Sg Labu
45 60 105 Loji baru 2. Projek. Peningkatan
Kapasiti SSP1
120 120 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 760 JLH kpd
190JLH
3. BRH 25 25 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 15.6 JLH kpd 40.6 4. Projek Pengagihan
Semula Kapasiti
SSP1
50 50 Bagi mengagihkan lebihan air di Loji
SSP 1 sebanyak 120 JLH kepada pengguna
5. Pro. Agihan SSP3 120 120 Bagi mengagihkan lebihan air di Loji
SSP 3 sebanyak 120 JLH kepada pengguna
6. Pro. Agihan Loji Rasa 100 100 Bagi mengagihkan lebihan air di Loji
SSP 1 sebanyak 100 JLH kepada pengguna
7. Program NRW 49 52 101 Program menurunkan NRW Jumlah 45 254 52 270 621 Projek-projek mitigasi ini dijangka siap menjelang akhir 2014 dan dengan siapnya projek mitigasi ini, terdapat 621 JLH air terawat tambahan yang boleh diagihkan kepada pengguna.
Pada ketika ini, semua data berkenaan dengan permintaan dan pembekalan air adalah dipegang oleh SYABAS. Dari data yang telah di analisa, didapati unjuran yang dibuat oleh SYABAS adalah agak tinggi. Rawatan air pula dikendalikan oleh operator yang berlainan. Namun demikian, sekiranya berlaku krisis bekalan air, dalam apa keadaan sekalipun, Kerajaan Negeri Selangor akan dipersalahkan.
Oleh itu, salah satu tujuan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri Selangor adalah untuk memastikan industri perkhidmatan air di Selangor dikendalikan secara holistik oleh satu operator bermula dari proses rawatan proses hinggalah pengagihan kepada pengguna. Model Holistik yang sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Kerajaan Negeri Selangor menyedari kepentingan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pengambilan balik tanah bagi untuk pelaksanaan Projek ini dan bagi tanah-tanah kerajaan yang telah dirizabkan untuk tujuan tertentu, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pajakan selama 20 tahun.
Proses pengambilan balik tanah bagi Projek LRA 2 telah bermula semenjak tahun 2007 lagi. Keseluruhan tanah yang terlibat untuk Projek LRA 2 adalah sebanyak 462.776 hektar. Dari jumlah tersebut, 86.44 hektar adalah tanah kerajaan. Namun demikian, Kelulusan Pelan Pembangunan masih ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga persefahaman bersama dapat dicapai dengan Kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor hendaklah dibincangkan bersekali supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mencapai persefahaman di dalam memuktamadkan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor berdasarkan kepada Model Holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai kadar tarif yang munasabah yang tidak membebankan rakyat dan pada masa yang sama tidak membebankan operator air.
Kerajaan Negeri Selangor sedia untuk mempertimbangkan kelulusan kepada pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tertakluk kepada:-
- Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dimuktamadkan;
- SPV milik Kerajaan Negeri Selangor dilantik sebagai operator bagi operasi dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air Langat 2, Loji Rawatan Air Sungai Labu dan semua loji rawatan air baru di masa hadapan; dan
- Pelawaan kepada syarikat milik negeri untuk menawarkan pembinaan kemudahan perawatan air Langat 2.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan operator loji pembersihan air seperti Splash, Abass dan Puncak Niaga serta agensi yang terlibat dan Suruhanjaya Air Negara (SPAN) langkah-langkah mitigasi telah dilakukan seperti berikut:
- Hanya melepaskan air dari empangan berdasarkan keperluan optimum loji sahaja.
- Menjalin persefahaman yang mantap bagi semua pihak berkepentingan dalam mengurus sumber air supaya bekalan air bersih tidak terganggu.
- Memantau paras air di muka sauk bagi memastikan kuantiti air yang dipam adalah mencukupi dan tidak memberi kesan ke atas operasi pam air mentah hingga mengakibatkan kegagalan.
- Sentiasa memantau dan bertindak sewajarnya sekiranya simpanan air mencapai tahap 50%.
- Masyarakat umumnya sentiasa diminta berjimat cermat terhadap penggunaan air sewaktu musim kemarau.
Selain itu, LUAS sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air di Negeri Selangor turut mengambil kira beberapa langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku masalah air di Negeri Selangor. Salah satu penyelesaiannya adalah penggunaan sumber air alternatif iaitu menggunakan air permukaan seperti air tasik, lombong dan sebagainya untuk keperluan harian. Sumber air bumi juga merupakan penyelesaian terhadap kekurangan bekalan air di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, sumber air bumi masih belum meluas penggunaannya dan perlu dikomersialkan.
Pakar Air yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor juga akan membuat kajian bagi mengenal pasti Loji-loji rawatan air yang boleh dioptimumkan pengeluarannya di samping membuat kajian mengenai penggunaan teknologi baru di dalam mempertingkatkan pengeluaran air bersih dari Loji-loji sedia ada.
-
Adakah bekalan air tidak terawat boleh diasingkan penggunaan untuk tujuan seperti pili bomba, tandas dan industri?
Idealnya, air terawat tidak digunakan untuk tujuan pili bomba, tandas dan industri. Namun demikian, untuk mencapai tahap tersebut, matlamat utama yang perlu dicapai oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor di bawah satu entiti yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri. Di bawah Model baru itu, Kerajaan Negeri Selangor boleh menyediakan dasar bagi memastikan air terawat tidak digunakan untuk pili bomba, tandas dan industri. Di samping itu, dasar pemberian insentif atau rebet perlu digubal bagi menggalakkan penggunaan air tanah, recycle water¸ penuaian air hujan, insentif oleh industri atau pengguna lain. Pemasangan paip kedua untuk penggunaan air bukan terawat memerlukan kos pembangunan yang tinggi namun ia menghasilkan simpanan air terawat yang banyak untuk masa hadapan.