Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
286) AIR SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejak pengambilalihan urusan air, nyatakan penambahbaikan yang telah berjaya dilaksanakan
Setelah mengambil alih operasi dan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (“SYABAS”) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (“PNSB”) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd, Kerajaan Negeri Selangor melalui Air Selangor telah melaksanakan penambahbaikan dalam pengurusan dan operasi perkhidmatan bekalan air untuk menjamin perkhidmatan bekalan air yang terurus dan holistik berdasarkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos efektif di samping dapat meneruskan Program Air Percuma kepada seluruh
Bagi memastikan sumber bekalan air terawat mencukupi untuk rakyat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah drastik dengan memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM778 juta melalui Belanjawan 2016 bagi melaksanakan pembangunan sumber air baru sebagai satu penyelesaian segera (quick measures) untuk meningkatkan ketersediaan sumber bekalan air di Negeri Selangor, sementara menanti siap dan beroperasinya Projek Langat 2 pada tahun 2019. Dua projek telah dilaksanakan adalah:
- Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Kuala Langat yang dijangka mampu membekalkan air sebanyak 400JLH ; dan
- Loji Rawatan Air Semenyih 2, Jenderam Hilir dengan kapasiti sebanyak
- Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Air Selangor telah mengambil langkah-langkah berikut:-
- Memperluaskan pasukan sanitary survey ke semua Lembangan Sungai di Negeri Selangor;
- Menggunakan teknologi terkini untuk memantau kualiti air di lembangan-lembangan sungai. Melalui pemantauan yang baik, pelepasan air mentah dari empangan dapat dikawal dan melalui pengawalan pelepasan air empangan yang efektif, kedudukan paras empangan dapat dipertingkatkan. Kedudukan paras empangan setakat 31 Oktober 2017 menunjukkan kedudukan paras simpanan yang
Empangan Baki simpanan pada 31 Oktober 2017 (%)
Sungai Selangor (SSD) 96.73 Sungai Tinggi (STD) 93.44 Sungai Semenyih 100 Sungai Langat 100 Sungai Batu 78.69 Klang Gates 100 ORS Labu 99.62 Tasik Subang 96.67 - Melaksanakan pelbagai program transformasi melalui pengenalan polisi-polisi baharu, pewujudan sistem perolehan yang lebih telus, penambahbaikan prosedur operasi standard dan pelbagai lagi inisiatif-inisiatif transformasi bukan sahaja untuk mengekalkan standard perkhidmatan air yang terbaik tetapi juga untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih efektif dan
- Menitik beratkan bahawa semua pelantikan kontraktor atau pembekal dibuat secara tender terbuka. Air Selangor juga telah memperkenalkan Polisi Tiada Hadiah (“No Gift Policy”) dan memaklumkan polisi baharu ini kepada pembekal dan kontraktor dalam usaha mendukung prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban, efisien dan kos
- Melaksanakan kerja-kerja penggantian paip di seluruh Selangor melibatkan 84 kawasan hotspot dengan jumlah panjang paip sebanyak 422.50 km. Kerja-kerja penggantian paip ini telah bermula semenjak tahun 2016 dan dijangka akan siap pada tahun
- Setelah 422.50km ini disiapkan, Air Selangor akan meneliti semula paip-paip lain yang memerlukan penggantian.
- Melaksanakan kerja-kerja untuk menurunkan kadar NRW bagi mencapai sasaran ke tahap 25% pada tahun
- Memastikan semua sistem agihan sedia ada dapat berfungsi dalam merealisasikan matlamat untuk mengujudkan sistem agihan penyambungan saling (inter-connection). Melalui sistem ini, pembekalan air kepada pengguna tidak akan terjejas, sekiranya berlaku henti tugas mana-mana loji. Pembekalan air loji yang henti tugas boleh ditampung oleh bekalan air daripada loji rawatan
- Mengaktifkan simpanan air di dalam kolam sedia bagi memastikan paras kolam-kolam imbangan sentiasa penuh kerana operasi sebelum ini lebih banyak menumpukan kepada sistem by pass dan kolam-kolam dibiarkan kosong dan tidak
- Menambah Perkhidmatan Makmal Dalaman dalam usaha untuk memastikan kualiti air yang dibekalkan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Air Selangor menggunakan perkhidmatan di tiga (3) Makmal Dalaman Air Selangor di LRA SSP 2, LRA Sg Labu dan LRA Sg Semenyih, sebagai analisa pemeriksaan balas kualiti air berbanding dengan perkhidmatan Makmal Bebas swasta. Ketiga-tiga makmal dalaman ini telah mendapat pentauliahan akreditasi Sistem Pengurusan Makmal yang ditetapkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM).
- Menambah baik Perkhidmatan Pelanggan dengan melaksanakan:-
- permohonan akaun bekalan air yang lebih mudah dan cepat. Sekarang, penghuni/penyewa premis yang tiada surat jual beli atau surat perjanjian penyewaan boleh memohon bekalan air dengan menandatangani surat kebenaran dan aku janji. Dengan terlaksananya inisiatif ini, Air Selangor menjangkakan pengurangan di dalam bilangan kes penyambungan bekalan air tidak
- mengedarkan risalah berkenaan Bil Air Tinggi (High Water Bill) di semua Pejabat SYABAS bagi memberitahu orang
ramai berhubung punca-punca bil air tinggi dan cara-cara untuk menanganinya. Inisiatif ini bukan sahaja dapat mendidik orang ramai tentang hal berkaitan bil air tinggi, malahan dapat mengurangkan rungutan dan aduan orang ramai kerana isu tersebut dapat ditangani oleh pelanggan sendiri.
- Mengaktifkan penggunaan telefon dan email bagi pengguna untuk memohon salinan Bil Air, penggantian meter air, pemotongan bekalan air sementara, ujian meter air tanpa perlu pergi ke pejabat
- Memendekkan tempoh pemulangan wang deposit apabila akaun bekalan air ditutup tanpa perlu menunggu 21 hari daripada pada tarikh penutupan akuan untuk mendapatkan balik wang
- memperkenalkan sistem pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilan baharu yang dijangka akan beroperasi pada awal tahun 2018. Sistem berintegrasi sepenuhnya ini akan memanfaatkan lebih daripada 10 juta pengguna di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
- Mempelbagaikan pendidikan kepada Pengguna dengan melaksanakan “Kempen Jom Jimat Air” dan melancarkan Program Jimat Air dengan mengenalkan penggunaan bidal air kepada
- Dari semasa ke semasa, Kerajaan Negeri atau melalui Air Selangor akan mengumumkan perkembangan terkini tentang pencapaian di dalam penyampaian perkhidmatan bekalan air yang terbaik, bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh rantau
- Namun demikian, dalam memastikan perkhidmatan bekalan air yang terbaik, Air Selangor memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi untuk mengendali dan menyelenggarakan sistem rawatan dan agihan bekalan air.
-
Nyatakan apakah perkara-perkara yang belum selesai atau yang masih dalam perundingan? Terangkan.