Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

53) AIR SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kepanjangan paip air serta lokaliti paip air yang akan ditukar ganti air Selangor pada tahun ini mengikut daerah?

    Kepanjangan paip air serta lokaliti bagi program penggantian paip tahun 2024 mengikut wilayah Air Selangor adalah seperti berikut:

     

    Wilayah Air Selangor Panjang Paip (km)
    Gombak 43.58
    Hulu Selangor 19.99
    Klang/Shah Alam 89.62
    Kuala Langat 50.00
    Petaling 65.50
    Sepang 36.05
    Grand Total 304.74
  2. Apakah cadangan dan perancangan untuk tahun depan?

    Bagi tahun 2025, Air Selangor merancang untuk menggantikan 300km paip usang di bawah program penggantian paip. Air Selangor menyasarkan untuk melantik Jurutera Perunding pada bulan November 2024 bagi menjalankan kerja-kerja reka bentuk awal dan penyeliaan tapak bagi projek ini. Daerah dan panjang paip akan dimuktamadkan selepas kerja reka bentuk awal disiapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.