Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
28) AIR SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan Prestasi Kewangan dan Pengurusan Air Selangor sejak diambilalih.
Prestasi Kewangan Air Selangor
Prestasi Kewangan Air selangor sejak tahun 2015 adalah seperti berikut:-
-
Apakah tindakan segera Air Selangor bagi memastikan tekanan air khususnya di DUN Permatang dalam keadaan yang baik?
Purata bacaan tekanan air di Kawasan Permatang berada ditahap 15mH dan adalah mencukupi bagi tekanan aliran bekalan ke kediaman penduduk.
Air Selangor telah merancang dan melaksanakan program secara berterusan dan berjadual bagi memastikan tekanan air berada dalam keadaan baik dan mengelakkan kekerapan gangguan ekoran insiden paip pecah dengan perlaksanaan aktiviti – akitiviti berikut:
- Program Penggantian Paip Air Lama & Kritikal;
- Program Penggantian Paip Komunikasi;
- Pemantauan Aliran & Tekanan Air yang sistematik melalui Sistem Zon Pemeteran Daerah (“District Metering Zone”)
- Program Pengesanan Kebocoran Secara Aktif (“Active Leak Detection”);
- Pemantauan “pressure surge” di jajaran paip utama melalui Sistem “Pressure Transient Monitoring”.
- Pemantauan dan penguatkuasaan pengalihan paip-paip terlibat dalam projek-projek pihak ke-3 seperti pembangunan baru, pelebaran jalan dan
-
Apakah langkah Air Selangor bagi mengelakkan kekerapan gangguan air akibat paip pecah?
Sama seperti di SUB (b)