Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

204) AIR SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan kes paip pecah dan kebocoran paip yang diterima oleh Air Selangor secara terperinci mulai Januari 2022 sehingga Januari 2023 ?

    Kes Paip Pecah

    Terdapat 1,627 kes paip pecah bagi tempoh Januari hingga Disember 2022, manakala bagi bulan Januari 2023, terdapat 110 kes paip pecah.

    Pecahan kes paip pecah mengikut daerah bagi tahun 2022 dan Januari 2023 adalah seperti berikut:

    • Petaling: 221 kes sepanjang 2022 dan 15 kes pada Januari 2023
    • Klang: 188 kes sepanjang 2022 dan 10 kes pada Januari 2023
    • Gombak: 293 kes sepanjang 2022 dan 18 kes pada Januari 2023.
    • Kuala Lumpur: 250 kes sepanjang 2022 dan 17 kes pada Januari 2023
    • Hulu Langat: 234 kes sepanjang 2022 dan 21 kes pada Januari 2023
    • Hulu Selangor: 220 kes sepanjang 2022 dan 14 kes pada Januari 2023
    • Sepang: 45 kes sepanjang 2022 dan 5 kes pada Januari 2023
    • Kuala Langat: 80 kes sepanjang 2022 dan 3 kes pada Januari 2023
    • Kuala Selangor: 76 kes sepanjang 2022 dan 5 kes pada Januari 2023
    • Sabak Bernam: 20 kes sepanjang 2022 dan 2 kes pada Januari 2023

     

    Air Selangor telah berjaya menurunkan Indek Paip Pecah (PBI) dari 20.48 kes/100km/tahun pada tahun 2016 kepada 5.35 kes/100km/tahun pada tahun 2022. Air Selangor masih giat berusaha untuk mengurangkan kes paip pecah sehingga kini.

     

    Kes Paip Bocor

     

    Manakala, bagi kes paip bocor pula, terdapat 167,273 kes paip bocor bagi tempoh Januari hingga ke Disember 2022. Bagi bulan Januari 2023 pula, terdapat 16,416 kes paip bocor.

    Pecahan paip bocor mengikut daerah bagi tahun 2022 dan Januari 2023 adalah seperti berikut:

    • Petaling: 36,921 kes sepanjang 2022 dan 3,137 kes pada Januari 2023
    • Klang: 33,082 kes sepanjang 2022 dan 3,385 kes pada Januari 2023
    • Gombak: 23,813 kes sepanjang 2022 dan 2,458 kes pada Januari 2023.
    • Kuala Lumpur: 17,353 kes sepanjang 2022 dan 1,682 kes pada Januari 2023
    • Hulu Langat: 16,933 kes sepanjang 2022 dan 1,608 kes pada Januari 2023
    • Hulu Selangor: 10,928 kes sepanjang 2022 dan 1,127 kes pada Januari 2023
    • Sepang: 7,809 kes sepanjang 2022 dan 821 kes pada Januari 2023
    • Kuala Langat: 9,286 kes sepanjang 2022 dan 978 kes pada Januari 2023
    • Kuala Selangor: 7,042 kes sepanjang 2022 dan 765 kes pada Januari 2023
    • Sabak Bernam: 4,106 kes sepanjang 2022 dan 455 kes pada Januari 2023

     

    Bagi kes paip bocor, terdapat peningkatan daripada 79,113 kes paip bocor pada tahun 2016 kepada 167,273 kes paip bocor pada tahun 2022 dalam usaha berterusan Air Selangor untuk mengurangkan kadar NRW Air Tidak Terhasil (atau ‘non-revenue water’ (NRW).

Lampiran

Tiada Lampiran.