Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
112) AIR SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan laporan kewangan Air Selangor untuk tahun 2018 hingga 2022.
Laporan kewangan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd untuk tahun 2018 hingga 2021 (terkini) dilampirkan sebagai Lampiran – Pertanyaan Bertulis 23 (3a).
-
Apakah butiran perbelanjaan dan rancangan untuk projek pembangunan RM30bil dalam rancangan perniagaan Air Selangor?
Dalam rancangan perniagaan 30 tahun Air Selangor, Air Selangor telah merancang untuk melaksanakan pelan-pelan strategik yang mana jumlah perbelanjaan modal dianggarkan akan mencecah RM35 bilion. Pelan-pelan strategik tersebut termasuklah:
- Program-program penambahbaikan loji-loji rawatan air sedia ada serta pembinaan loji-loji rawatan air yang baharu seperti Loji Rawatan Air (LRA) Rasau Fasa 1 (700 juta liter sehari), LRA Langat 2 Fasa 2 (760 juta liter sehari), LRA Labohan Dagang Fasa 2 (200 juta liter sehari) dan LRA Rasau Fasa 2 (700 juta liter sehari);
- Program-program peningkatan kebolehpercayaan dan ketahanan aset-aset Air Selangor dan peningkatan kecekapan operasi, termasuk kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan sistem pengagihan air dan pelaksanaan sistem-sistem dan inisiatif-inisiatif pendigitalan yang selaras dengan misi Air Selangor, iaitu ‘Memberikan Pengalaman Terbaik Untuk Pelanggan Kita, serta Program-program pengurangan Air Tidak Terhasil (Non Revenue Water (NRW)), termasuk pelaksanaan Program Kehilangan Fizikal (Physical Loss Program), Program Kehilangan Komersial (Commercial Loss Program) dan Program Penggantian Paip (Pipe Replacement Program).