Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

260) AIR SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai strategi baru bagi mengelakkan gangguan bekalan air?

    Air Selangor telah mengemukakan Pelan Perniagaan untuk Tempoh Operasi 1 (2019- 2022) yang merangkumi projek-projek pembinaan loji baharu, program penggantian paip, menaik taraf teknologi-teknologi baharu dan pembinaan dan pemuliharaan kolam-kolam air untuk memastikan kelestarian bekalan air di negeri Selangor. Barubaru ini, pada 28 Jun 2022, Air Selangor juga telah menyerahkan Pelan Perniagaan untuk Tempoh Operasi 2 (Pelan Perniagaan Lima Tahun : 2022 – 2026), yang melibatkan unjuran perbelanjaan mengurus, cadangan perbelanjaan modal (CAPEX), tahap perkhidmatan, jadual penyenggaraan aset dan juga jadual tarif air yang diperlukan supaya pengendalian perkhidmatan air dan CAPEX dapat dilaksanakan dengan baik.

    Proses penetapan pelan perniagaan adalah proses yang dinamik dan akan diselaraskan sewajarnya dengan mengambil kira pelbagai parameter seperti jangkaan kadar permintaan pengguna serta keadaan operasi syarikat.

  2. Apakah SOP baru yang diperkenalkan bagi tujuan ini?

    Sebarang perubahan kepada pelan perniagaan akan memberi kesan kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha mengurangkan kadar gangguan air.

Lampiran

Tiada Lampiran.