Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
182) AIR PERCUMA UNTUK B40
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan anggaran penjimatan kewangan Kerajaan Negeri dengan terlaksananya Skim Air Darul Ehsan Êyang dinikmati oleh golongan B40 sahaja.
Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1,812,421,674.67 bagi menampung pembiayaan Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu semenjak Jun 2008 hingga Ogos 2019 dan sejumlah 1.6 juta penduduk Negeri Selangor mendapat manfaat di bawah Program ini.
Apabila Skim Air Darul Ehsan dilaksanakan, penduduk Negeri Selangor yang mendapat manfaat akan berkurang dari 1.6 juta kepada 700,000 akaun. Jumlah pembiayaan Kerajaan Negeri dianggarkan sebanyak RM96 juta setahun (bersamaan dengan anggaran RM8 juta sebulan) berbanding RM180 juta (bersamaan dengan anggaran RM15 juta sebulan) di bawah Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu sebelum ini. Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyalurkan penjimatan tersebut kepada program-program kebajikan rakyat yang lain.

Apakah inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada golongan rakyat berpendapatan M40 sebagai ganti kepada pembatalan Skim Air Percuma?
Matlamat utama dalam melaksanakan Skim Air Darul Ehsan adalah untuk memastikan penyaluran subsidi yang lebih fokus kepada golongan sasar khususnya kepada golongan berpendapatan isi rumah tidak lebih RM4,000 di seluruh Selangor dalam usaha untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan ini.
Golongan M40 di Negeri Selangor adalah terdiri dari golongan rakyat yang menerima pendapatan bulanan dalam lingkungan RM6,180.00 hingga RM12,469.00. Kerajaan Negeri berpandangan golongan M40 ini berkemampuan untuk membiayai bayaran RM11.40 untuk penggunaan air sebanyak 20 meter padu sebulan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan program kebajikan untuk kepentingan golongan M40 ini antaranya seperti perkhidmatan bas percuma, hadiah anak masuk IPT, TAWAS dan lain-lain.