Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
92) AIR PERCUMA 20 METER PADU UNTUK RUMAH PANGSA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah kerajaan negeri dapat menjalankan sepenuhnya program air percuma 20 meter padu untuk rumah pangsa terutamanya kos rendah di seluruh Selangor?
- Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan program pemberian air percuma dapat dilaksanakan di semua kawasan pangsapuri kos rendah di Negeri Selangor yang masih menggunakan meter air pukal. justeru itu, berdasarkan analisa yang dibuat ke atas prestasi program pemberian air percuma ini selama 6 bulan bermula bulan Jun sehingga Disember 2010, Kerajaan Negeri telah membuat penambahbaikan kepada syarat dan proses tuntutan rebet air percuma supaya program pemberian air percuma ini dapat dilaksanakan sepenuhnya selewat-lewatnya pada bulan Jun 2011. sehingga kini, Kerajaan Negeri sedang membuat pengemaskinian data untuk mengemas kini status migrasi meter individu serta butiran lengkap mengenai pihak pengurusan bangunan dan jumlah unit kediaman yang diduduki bagi setiap pangsapuri kos rendah di negeri Selangor bertujuan memastikan tiada kawasan pangsapuri kos rendah yang menggunakan akaun meter air pukal tercicir menyertai program pemberian air
-
Berapakah kos yang diperlukan untuk menjalankan air percuma 20 meter padu bagi rumah pangsa ?
Bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM140,334.08 (Ringgit Malaysia : Seratus Empat Puluh Ribu Tiga Ratus Tiga Puluh Empat dan Sen Lapan Sahaja) untuk menjalankan fasa pertama program pemberian air percuma kepada pangsapuri kos rendah melalui kupon bagi tempoh 3 bulan iaitu bulan Oktober sehingga Disember 2010. Manakala bagi tahun 2011, dengan pelaksanaan sepenuhnya pemberian air percuma kepada semua pangsapuri kos rendah yang masih menggunakan meter air pukal, Kerajaan Negeri menjangka anggaran kos yang terlibat melebihi RM5 juta.
-
Apakah halangan utama yang dihadapi untuk menjalankan penyaluran air percuma ini ?
- Sebahagian besar pangsapuri kos rendah didapati TIDAK MAMPU melaksanakan program pemberian air percuma disebabkan faktor seperti berikut :-
- Tidak mempunyai badan yang sah dan diiktiraf dalam menguruskan bangunan seperti JMB, MC dan
- Tidak mempunyai sistem pengurusan bangunan yang
- Tenaga kerja yang terhad dan tidak mencukupi untuk menguruskan pemberian air percuma melalui
- Mempunyai tunggakan bil air yang tinggi dengan
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa turun padang bersama Pesuruhjaya Bangunan mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan ke pangsapuri kos rendah yang masih tidak melaksanakan kupon air percuma supaya program ini berjaya dilaksanakan di kawasan pemajuan terbabit.
- Sebahagian besar pangsapuri kos rendah didapati TIDAK MAMPU melaksanakan program pemberian air percuma disebabkan faktor seperti berikut :-