Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
166) AIR PERCUMA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan pembiayaan air percuma bagi tahun 2022?
Jumlah keseluruhan pembiayaan di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM35.4 juta.
-
Nyatakan jumlah keseluruhan pengguna domestik yang menerima inisiatif Skim Air Darul ehsan mengikut daerah pada tahun 2022?
Pada ketika ini, pembahagian sempadan bagi Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah berdasarkan sempadan Wilayah Air Selangor yang mana takrifan Wilayah Air Selangor adalah berbeza dengan takrifan umum. Takrifan sempadan Wilayah Air Selangor adalah berdasarkan Sistem Agihan Air dan persempadanan Pejabat-pejabat Daerah. Pecahan penerima keseluruhan pengguna domestik/ individu semasa (aktif) sehingga 31 Disember 2022 mengikut pecahan 10 Wilayah Air Selangor adalah seperti berikut:
DIVISION WILAYAH
JUMLAH
METER DOMESTIK/ INDIVIDU
00 KUALA LUMPUR
( Persempadanan PBT-PBT Negeri Selangor)
7,709
10 GOMBAK
22,167
20 PETALING
37,437
30 KLANG
54,200
40 HULU LANGAT
30,871
50 KUALA LANGAT
21,465
60 HULU SELANGOR
29,766
70 KUALA SELANGOR
18,571
80 SABAK BERNAM
13,230
90 SEPANG
11,859
JUMLAH
247,275