Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

178) AIR PERCUMA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan pembiayaan air percuma bagi tahun 2021 hingga Julai 2022?

    Jumlah keseluruhan pembiayaan di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) bagi tahun 2021 hingga bulan Mei 2022 adalah sebanyak RM48.7 juta.

  2. Apakah sebab kurangnya permohonan kepada Skim SADE yang disediakan oleh Kerajaan Negeri?

    Kurangnya permohonan SADE adalah ekoran daripada beberapa faktor semasa dan dijangka ianya hanya berbentuk sementara:-

    Pendaftaran SADE bermula September 2019, manakala pelaksanaan dan pemberian rebat SADE fasa yang pertama dilaksanakan pada Mac 2020. Berdasarkan trend pendaftaran SADE yang lalu, bilangan pemohonan SADE amat tinggi pada saat akhir tempoh pendaftaran dibuka iaitu pada Januari 2020. Setelah pembukaan semula pendaftaran SADE pada April 2020, pertambahan bilangan permohonan adalah pada kadar sederhana namun berjalan secara berterusan.

    Di samping itu, permohonan yang perlahan adalah disebabkan oleh Pandemik Covid-19 yang melanda negara dimana negeri Selangor adalah negeri yang paling terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pematuhan SOP pihak berkuasa. Oleh yang demikian, hampir semua aktiviti dan program dikhalayak ramai tergendala atau tidak dapat dilaksanakan termasuk aktiviti SADE dilapangan.

    Berdasarkan trend pendaftaran SADE pada 2019 dan 2020 pula, pendaftaran melalui borang permohonan manual adalah tinggi berbanding dengan pendaftaran secara atas talian. Oleh itu, perintah PKP dan pematuhan SOP Covid-19 memberikan kesan dan impak serius terhadap kemajuan dan pertambahan pendaftaran SADE melalui kaedah pilihan rakyat Selangor pada ketika itu iaitu melalui permohonan secara borang manual.

    Pelbagai aktiviti promosi SADE melalui saluran penyampaian secara Online/Digital dan Media Sosial dan Program Engagement secara online sedang dan terus giat berlangsung termasuk kelansungan kolaborasi dengan 56 Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan wakil DUN di Selangor secara online bagi membantu penduduk sasar negeri Selangor yang layak untuk memohon SADE seterusnya menikmati pemberian air percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

    Justeru, pertambahan pemohon dan penerima SADE dijangka akan mengambil sedikit masa sejajar dengan ketetapan Kerajaan Negeri Selangor melalui Mesyuarat MMKN ke 40/2021 lalu yang telah bersetuju dengan perlanjutan tempoh pelaksanaan SADE sehingga 31 Disember 2024 dengan pendaftaran dibuka sepanjang tahun untuk membantu dan membolehkan program SADE mencapai golongan yang disasarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.