Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
159) AIR PERCUMA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah keseluruhan pembiayaan air percuma bagi tahun 2020 hingga Julai 2022?
Jumlah keseluruhan pembiayaan air percuma bagi tahun 2020 hingga 6 Julai 2022 bagi rebat air melalui meter individu Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah RM62.38 juta manakala rebat air kepada pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal melalui ‘Skim Selangor Free Water Apartment’ (SAFWA) pula, data yang diperolehi adalah setakat Mei 2022 dengan jumlah pembiayaan keseluruhan berjumlah RM15.2 juta.
-
Nyatakan jumlah keseluruhan pengguna domestik yang menerima inisiatif Skim Air Darul Ehsan mengikut daerah?
Bagi jumlah keseluruhan pengguna domestik yang menerima inisiatif Skim Air Darul Ehsan (SADE) sehingga Jun 2022 mengikut data yang dikeluarkan oleh Pejabat Wilayah Air Selangor, ianya melibatkan seramai 239,132 orang pelanggan. Pecahan angka mengikut Wilayah dan bilangan pelanggan/penerima SADE adalah seperti berikut: