Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
110) AIR PERCUMA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah hutang Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang dipertanggungjawabkan untuk membayar air percuma kepada Syabas.
Jumlah bayaran air percuma yang telah dibuat oleh KDEB kepada Syabas dari bulan Jun 2008 sehingga Februari 2010 adalah sebanyak RM222.831 juta.
-
Dari manakah KDEB memperolehi sumber kewangan untuk tujuan tersebut?
KDEB memperolehi sumber kewangan dengan membuat pinjaman jangka pendek sebanyak RM200 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor dengan kadar faedah 4% setahun dan baki sebanyak RM22.831 juta adalah dari sumber dalaman.