Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

35) AIR MINERAL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Program Merakyatkan Ekonomi Selangor juga melibatkan peningkatan hasil bahanbahan mineral. Apakah air mineral juga termasuk dalam kategori bahan-bahan mineral?

    Air mineral adalah tidak termasuk dalam kategori bahan-bahan mineral. Berdasarkan
    Enakmen Mineral (Selangor) 2000 telah mentafsirkan ‘mineral’ seperti berikut:
    “mineral” ertinya apa-apa bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau
    bergas yang terjadi ;-
    a) dengan cara semulajadi;
    b) hasil daripada perlombongan di dalam atau di atas tanah ; atau
    c) hasil daripada perlombongan di dalam atau di bawah laut atau dasar laut,
    yang terbentuk oleh atau tertakluk kepada suatu proses geologi tetapi
    tidaklah termasuk air, “bahan batuan” sebagaimana ditafsirkan dalam
    Kanun Tanah Negara dan “petroleum” sebagaimana ditafsirkan dalam
    Akta Melombong Petroleum 1966.
    Walau bagaimanapun, berdasarkan tafsiran dalam seksyen 2, Enakmen Lembaga Urus
    Air Selangor 1999, bahawa air mineral boleh didefinisikan sebagai sumber air bumi yang
    mengandungi mineral-mineral semulajadi tertentu yang diabstrak daripada air bawah
    permukaan di bawah aras air di dalam tanah-tanih dan bentukan geologik seperti
    tafsiran di bawah:
    ‘”air bumi” ertinya air bawah permukaan yang terdapat, di bawah aras air di
    dalam tanah-tanih dan bentukan geologik dan termasuklaha) sesuatu telaga, lubang gerek atau bentuk kerja sepertinya yang digali ke
    dalam strata bawah tanah,termasuklah mana-mana adit atau saluran .yang
    dibina berhubungan dengan telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu bagi
    menyenangkan pengumpulan air di. dalam telaga, lubang gerek;
    b) mana-mana penggalian ke dalam strata bawah tanah di mana paras air
    dalam penggalian itu bergantung sepenuhnya atau sebahagian besarnya
    kepada air yang memasukinya daripada strata itu; dan
    c) mana-mana air bumi yang ditetapkan.

  2. Apakah dasar dan program kerajaan untuk meningkatkan hasil daripada air mineral?

    Dasar dan program kerajaan untuk meningkatkan hasil daripada air mineral yang
    merupakan air bumi adalah dengan berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan
    Negeri Selangor Ke 8/2005 pada 13 April 2005 yang telah membuat keputusan akan
    pelaksanaan ‘Skim Caj dan Pelesenan Bagi Abstraksi Air Bumi’ dan penubuhan
    Jawatankuasa Pengurusan Air Bumi.
    Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat penetapan di dalam Warta
    ‘Pemberitahuan Caj Bagi Abstraksi Air Daripada Mana-mana Sumber Air’ yang mula
    berkuatkuasa pada 1 Julai 2005 akan kadar caj bagi tujuan komersil ialah RM 0.05/m3
    dan bagi tujuan bekalan air ialah RM 0.01/m3
    . Manakala bagi fi pemprosesan ialah RM
    150.00 bagi setiap permohonan.

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan hasil negeri melalui perusahaan air mineral?

    Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan hasil
    negeri ialah dengan melalui pelesenan abstraksi sumber air termasuk air mineral yang
    dikategorikan sebagai air bumi. Setiap pengusaha air mineral di Negeri Selangor
    dikehendaki memohon Lesen Abstraksi Air Bumi daripada pihak LUAS sebelum
    menjalankan kerja-kerja pengekstrakan air dan Lesen Punca Air Minuman Berbungkus
    dan Air Mineral Semula jadi daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
    Kadar caj abstraksi air mineral yang dikenakan adalah mengikut kategori komersil iaitu
    RM 0.05/m3
    . Berdasarkan rekod Lembaga, terdapat dua (2) kilang pemprosesan air
    mineral yang telah dilesenkan di Negeri Selangor mulai Julai 2005 hingga 2009 dengan
    kadar pembayaran caj seperti berikut:
    Bil. Nama Kilang Kadar Abstraksi
    (m3)
    Kadar Caj
    (RM )
    1. Spring Fresh Manufacturing
    Sdn. Bhd.
    43,138.00 2,185.80
    2. Champs Water Sdn. Bhd. 80,071.50 4,003.58
    JUMLAH 123,209.50 6,189.38

Lampiran

Tiada Lampiran.