Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

192) AIR BERTAKUNG DI SEKITAR JALAN FT54 (PETRON SUNGAI BULOH DAN DEPOT SIMPANAN PERTAHANAN, KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA, 47000 SUNGAI BULOH)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya untuk mengatasi masalah air bertakung yang sering berlaku di kawasan ini?

    Laluan yang dimaksudkan adalah jalan persekutuan FT54, Jalan Kepong – Kuala Selangor. Kerajaan Negeri melalui JKR Selangor sentiasa mengangkat permohonan peruntukan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia bagi mengatasi banjir kilat dan air bertakung di laluan FT54, Jalan Kepong – Kuala Selangor.

  2. Apakah perancangan JKR Selangor untuk mengatasi segera masalah yang dihadapi oleh pengguna jalan raya?

    Kementerian Kerja Raya(KKR) telah meluluskan peruntukan di bawah Program Berkala Bukan Pavemen iaitu kerja-kerja membersih longkang di laluan FT54 pada tahun 2024 dengan kos RM 30,000.00. JKR Daerah Petaling melalui konsesi Roadcare akan melaksanakan kerja pembersihan longkang tertutup tersebut dijangka pada bulan Mac 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.