Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

154) AHLI POLITIK DI MASJID DAN SURAU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sebarang arahan rasmi melarang wakil rakyat berucap di dalam masjid atau surau?

    ada

    1. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 3 Mac 2019 sempena Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-masjid Negeri

     

    Selangor yang menitahkan “semua anggota politik khususnya wakil rakyat sama ada peringkat negeri mahupun parlimen , daripada parti kerajaan atau pembangkang, tidak dibenarkan berceramah serta berucap di dalam masjid serta surau.

    Mesyuarat Ahli Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 4 Mac 2019 telah memutuskan bahawa mana-mana ahli politik atau bekas calon pilihan raya yang mempunyai tauliah MAIS dibenarkan menyampaikan ceramah selagi tidak menyentuh isu-isu politik kepartian, mengaibkan individu tertentu, menyebar fitnah , menjaga akhlak dan kemuliaan masjid dan surau.

  2. Bolehkah seorang wakil rakyat yang mempunyai tauliah untuk mengajar agama di masjid dan surau?

    1. Boleh, dengan syarat ceramah yang disampaikan tidak menyentuh isu-isu politik kepartian, mengaibkan individu tertentu, menyebar fitnah, menjaga akhlak dan kemuliaan masjid / surau. Sekiranya mereka didadapi melanggar syarat yang ditetapkan, maka kebenaran tersebut akan ditarik balik.

     

  3. Adakah boleh seorang wakil rakyat memimpin majlis tahlil, bacaan yasin dan doa?

    Tiada halangan

Lampiran

Tiada Lampiran.