Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
112) AHLI MAJLIS PBT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah caranya Ahli Majlis di PBT yang berkenaan dinilai prestasi kerja mereka?
Pemantauan prestasi Ahli Majlis akan dinilai sepanjang perkhidmatannya dengan
mengguna pakai sebelas (11) indikator yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri iaitu
berdasarkan :-
i) Kehadiran Mesyuarat
ii) Komitmen kepada tugas
iii) Pengetahuan dan kemahiran dalam tugas.
iv) Kebolehan membuat keputusan
v) Keberkesanan komunikasi.
vi) Keberkesanan Hasil Kerja
vii) Kepimpinan
viii) Integriti
ix) Disiplin dan ketepatan masa
x) Proaktif dan inovatif, dan
xi) Jalinan perhubungan dan kerjasama
Pemantauan prestasi yang dinilai ke atas Ahli Majlis bukan sekadar komitmennya di
dalam pejabat malah Kerajaan Negeri juga amat menitikberatkan sumbangan setiap Ahli
Majlis terhadap kawasan yang dipertanggungjawabkan. Seperti mana yang telah
dipraktikkan, penilaian prestasi bagi setiap Ahli Majlis PBT akan dilaksanakan oleh
ADUN, Ahli Parlimen dan juga Datuk Bandar/Yang Dipertua. Seterusnya, penilaian
berkenaan akan dibincangkan di dalam Jawatankuasa Pemilihan Ahli Majlis Negeri
Selangor untuk dipertimbangkan sama ada perkhidmatan mereka disambung ataupun
sebaliknya. -
Apakah tindakan disiplin yang diambil kepada mereka sepanjang perkhidmatan mereka di PBT tersebut jika mereka didapati bersalah?
Buat masa ini, belum ada mana-mana Ahli Majlis PBT yang telah diambil tindakan
disiplin oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak akan
teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin dengan menamatkan perkhidmatan
mereka sekiranya didapati terbukti dan dijatuhkan hukuman oleh pihak berkuasa atas
apa-apa kesalahan jenayah atau sivil.