Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

138) AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setakat ini masih terdapat berapa kekosongan Ahli Majlis PBT yang belum diisi di semua PBT ?

    Sehingga hari ini masih terdapat 5 kekosongan kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor bagi penggal 2012/2013 yang belum diisi. Butiran 5 kerusi tersebut adalah seperti berikut:

    BIL. PBT PARTI BILANGAN

    KERUSI YANG

    MASIH KOSONG

    1. MPAJ PKR 3
    2. MPSJ PKR 1
    3. MBPJ PKR 1
  2. Berapakah kekosongan Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Sepang?

    Sehingga hari ini kerusi bagi Majlis Perbandaran Sepang sudah sepenuhnya diisi oleh Ahli Majlis bagi penggal 2012/2013. Butirannya adalah seperti di Lampiran A8.

  3. Kenapa sehingga hari masih ada kekosongan yang belum diisi?

    Untuk makluman sidang dewan, kekosongan 5 kerusi tersebut adalah daripada kuota Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kekosongan ini adalah disebabkan oleh senarai nama yang dicalonkan oleh PKR di dalam semakan Pihak Berkuasa Negeri untuk diperhalusi lagi. Manakala bagi 1 kerusi kekosongan di MBPJ, adalah kerana Ahli Majlisnya iaitu Encik Selvarajan a/l Rathinam telah meninggal dunia pada 27 Jun 2012 yang lalu.

    Sehubungan itu, Seksyen PBT, UPEN selaku penyelaras bagi lantikan Ahli Majlis bagi penggal 2012/2013 telah pun memohon agar PKR menghantar semula senarai 5 nama calon yang terbaru yang dirasakan layak dan berkaliber untuk diangkat dan diperkenankan oleh Y.A.B. Tan Sri Menteri Besar Selangor.

    Walau bagaimanapun, sehingga hari ini Seksyen PBT, UPEN masih lagi tidak mendapat sebarang maklum balas daripada PKR berkaitan perkara ini.