Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

22) AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah yang menyebabkan berlakunya kekosongan yang agak lama untuk jawatan Ahli Majlis?

    Kekosongan jawatan Ahli majlis yang agak lama adalah berikutan pencalonan yang belum atau lambat diterima daripada parti-parti komponen Pakatan

  2. Apakah kriteria untuk menjadi Ahli Majlis?

    Kriteria asas pemilihan Ahli Majlis adalah berdasarkan Garis Panduan Kriteria Pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor yang dikuatkuasakan melalui Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT: SPBT 2/2013 mulai tarikh 5 September 2013.

     

    Kriteria Utama Pemilihan Ahli Majlis adalah seperti berikut:-

     

    • Kelayakan:

     

    1. Ahli Majlis yang dicalonkan mestilah warganegara Malaysia dan fasih berbahasa Melayu;
    2. Had umur minimum bagi pencalonan Ahli Majlis adalah 21 tahun;
    • Hendaklah bermastautin di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan sekurang-kurangnya lima (5) tahun atau menetap di daerah bersebelahan;
    1. Hendaklah bukan di kalangan kakitangan Kerajaan;
    2. Ahli Majlis yang dicalonkan untuk dilantik hendaklah sekurang- kurangnya mempunyai kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    3. Calon perlu menduduki dan lulus Ujian Asas yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa

     

    • Pengalaman:

     

    1. Ahli Majlis yang dicalonkan hendaklah mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan; atau
    2. Telah memperolehi kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan komuniti mereka dalam kawasan Pihak Berkuasa
  3. Huraikan jumlah mengikut PBT mengapa permohonan untuk menjadi Ahli Majlis ditolak.

    Jumlah kekosongan dan sebab-sebabnya di PBT adalah seperti di Jadual 1. Sehingga 1 November 2014 seramai 272 daripada 279 kekosongan Ahli Majlis telah pun diisi dan calon yang ditolak adalah kerana tidak memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kriteria Pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.