Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
174) AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR (MPKS)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada setiap Ahli Majlis MPKS?
TAHUN PERUNTUKAN SEORANG AHLI MAJLIS (RM) PERUNTUKAN 25 AHLI MAJLIS (RM) 2017 RM5,000.00 125,000 2018 RM15,000.00 375,000 2019 RM20,000.00 500,000 2020 RM30,000.00 750,000 a)
-
Senaraikan projek yang telah dilaksanakan Ahli Majlis MPKS dari 2017-2020 mengikut kawasan jagaan?
Senarai projek yang telah dilaksanakan oleh Ahli Majlis MPKS dari tahun 2017 – 2020 mengikut kawasan jagaan adalah seperti di lampiran A.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menambah peruntukan seiring dengan perubahan status dari Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran?
Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, kadar tahunan peruntukan program sosial / mesra rakyat bagi Majlis Perbandaran adalah tidak kurang daripada RM10,000.00. Walau bagaimanapun kadar yang diberikan adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan PBT.