Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
64) AHLI MAJLIS
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kriteria pelantikan ahli majlis dari kalangan NGO dan profesional, adakah mereka mesti menganggotai parti politik tertentu?
Dalam pemilihan dan pelantikan Ahli Majlis PBT sama ada dari kalangan Ahli Politik, NGO mahupun profesional, Kerajaan Negeri amat menekankan kriteria-kriteria berdasarkan kelayakan taraf pendidikan, Ahli Majlis yang biasanya bermastautin dalam kawasan PBT, sumbangan setiap Ahli Majlis kepada PBT serta penduduk setempat, berpengalaman luas dan keaktifan seseorang Ahli Majlis di dalam masyarakat seperti mana peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Selain itu, Kerajaan Negeri juga mensyaratkan agar seseorang Ahli Majlis yang dilantik hendaklah bebas dari rekod jenayah, bersih dari Badan Pencegah Rasuah dan tidak bankrap.
Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak pernah menetapkan kriteria bahawa seseorang NGO atau profesional yang akan dilantik sebagai Ahli Majlis PBT hendaklah menganggotai mana-mana parti politik.