Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

31) AHLI MAJLIS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ahli Majlis yang baru dilantik mengikut PBT dan asas pemilihan mereka?

    1. Senarai Ahli Majlis yang baru dilantik mengikut PBT adalah seramai 26 orang seperti di Lampiran 1. Kriteria asas pemilihan Ahli Majlis yang berwibawa adalah berdasarkan Seksyen 10(2) dan 10(3) Akta 1976 (Akta 171) seperti berikut:-

     

    Seksyen 10(2), Akta 171

     

    “Anggota Majlis pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantik di antara orang yang bilangan terbesar daripada mereka hendaklah orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan atau yang telah memperoleh kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan komuniti mereka dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu.”

     

    Seksyen 10(3), Akta 171

     

    “Tempoh jawatan bagi setiap Anggota Majlis tidak boleh lebih daripada tiga tahun.”

     

  2. Apakah bentuk kemudahan dan elaun yang dinikmati oleh mereka?

    1. Ahli Majlis Menikmati elaun dan kemudahan Pihak Berkuasa Tempatan Masing- masing adalah seperti yang disenaraikan di Lampiran 2:-

      LAMPIRAN 2

       

       

      ELAUN DAN KEMUDAHAN YANG DITERIMA OLEH AHLI MAJLIS MENGIKUT PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2013

       

       

       

       

      BIL

       

      PBT

       

      KEMUDAHAN

      JUMLAH BAYARAN  

      JENIS ELAUN

      JUMLAH BAYARAN ELAUN
      1 MBSA i) Panel Klinik

      -Ahli Majlis dan ahli keluarga

      RM3,600.00

      (Setahun)

      Elaun Tetap Bulanan RM2,000.00

      (Datuk Bandar) RM1,500.00

      (Ahli Majlis)

      ii) Panel Pergigian

      -Ahli Majlis dan ahli keluarga

      RM130.00

      (tampal gigi) RM350.00

      (Pembedahan)

      Elaun Mesyuarat RM150.00

      (Sekali mesyuarat)

      iii) Panel Hospital RM30,000.00

      (Setahun)

      Elaun Lawatan Tapak RM75.00

      (Sekali lawatan)

      iv) Panel Bersalin RM2,500.00 Elaun Bil Telefon Bulanan RM200.00
      v) Tempat letak kenderaan Elaun Telefon Bimbit (Samsung Galaxy Notes untuk Pengerusi majlis Perwakilan Penduduk) RM2,000.00 dan RM80.00 (Internet)
      vi) Crest Ahli RM100.00

      (2 Unit)

      vii) Kemudahan Rumah Rehat Majlis Hari Biasa

      =RM 35 p/n Cuti Sabtu/Ahad

      /Kelepasan

      =RM45 p/n

      viii)Sepasang lounge suit warna gelap RM 1,350.00

      (Sepasang)

      Briefcase/bag RM 375.00

      (1 Unit)

         

       

       

      BIL

       

      PBT

       

      KEMUDAHAN

      JUMLAH BAYARAN  

      JENIS ELAUN

      JUMLAH BAYARAN ELAUN
      2 MBPJ I) Kot dan seluar Dua tahun sekali Elaun Tetap

      Bulanan

      RM2,000.00
      ii) Briefcase/bag Sekali Pelantikan Elaun Mesyuarat RM 150.00

      (sekali mesyuarat)

      iii) Pelekat/ Plate 1 Unit Elaun Jawatankuasa Tetap RM 150.00
      iv) Rawatan

      Perubatan

      RM2,000.00

      Setahun

      Elaun Telefon RM200.00
      v) Komputer Riba Dua tahun sekali Elaun Pembantu Ahli Majlis RM 1,500.00

      sebulan

      vi) Kamera Digital 1 unit
      vii) Insurans Nyawa RM 50,000.00
      3 MPK i) Pas Bulanan Tidak dinyatakan Elaun Tetap Bulanan RM1,500.00
      ii) Lencana (Crest) MPK Tidak dinyatakan Elaun Mesyuarat RM100.00

      (Sekali mesyuarat)

      iii) Kemudahan dewan Tidak dinyatakan Elaun Program Mesra Rakyat RM50,000.00

      (Setahun)

      iv) Sumbangan Urusan Jenazah RM 3,400.00

      (Ahli Majlis) RM 200.00

      (Pasangan)

      Elaun Pengurusan

      Pejabat/Utiliti Bulanan

      RM2,500.00
      v)Pembekalan pakaian Tidak dinyatakan Elaun Broadband RM60.00

      (Seorang)

      4 MPAJ i) Kemudahan Insurans Tidak dinyatakan Elaun Tetap Bulanan RM2,000.00(Ya

      ng Dipertua) RM1,500.00(Ahl

      i Majlis)

      ii) Kemudahan Klinik Panel Tidak dinyatakan Elaun Mesyuarat RM100.00

      (Sekali mesyuarat)

      5 MPSJ i) Pembantu tadbir (PA) Elaun Tetap Bulanan RM1,000.00
      ii) Tablet Tidak dinyatakan Elaun Mesyuarat RM150.00

      (Sekali mesyuarat)

      iii) Baju Korporat Tidak dinyatakan Elaun Telefon RM200.00
       

      BIL

       

      PBT

       

      KEMUDAHAN

      JUMLAH BAYARAN  

      JENIS ELAUN

      JUMLAH BAYARAN ELAUN
      6 MPS i)Baju Korporat 2 Tahun Sekali Elaun Tetap

      Bulanan

      RM1,500.00

      (Ahli Majlis)

      ii) Komputer Riba Setiap kali pelantikan Elaun Mesyuarat RM100.00

      (Sekali mesyuarat)

      iii) Baju Kot 3 Tahun Sekali Elaun Mesyuarat Teknikal RM50.00
      iv)Insurans perubatan RM60,000.00

      (Setahun)

      Elaun Mesyuarat J/K Setempat RM50.00
      v) Panel Perubatan RM2,000.00

      (Setahun)

         
      7. MPKj i) Kemudahan Pejabat, Kelengkapan, Perabot, Telefon dan Mesin Faks Tidak dinyatakan Elaun Tetap RM1,500.00
      ii) Peruntukan kewangan untuk Program Komuniti

      Masyarakat

      RM30,000.00 Elaun Kehadiran Mesyuarat RM100.00
      8 MP

      Sepang

      i) Kad Insurans  

       

       

      Tidak dinyatakan

      Elaun Tetap Bulanan RM1,500.00

      (Ahli Majlis)

      ii) Komputer Riba Elaun Mesyuarat RM100.00

      (Sekali Mesyuarat)

      iii) Telefon Pintar
      Elaun Telefon RM150.00
      9 MDKL i) Kemudahan Peruntukan RM 30,000.00

      /24 Zon/24 Ahli

      Elaun Tetap Bulanan RM1,000.00
      ii)Perlindungan Insurans berkelompok Tidak dinyatakan Elaun Mesyuarat RM100.00

      (Sekali mesyuarat)

      iii) Tablet PC Tidak dinyatakan Elaun Tetap Pejabat RM1,000.00
      iv) Kamera digital Tidak dinyatakan Elaun-elaun

      Perintah Am

      Tiada Maklumat
      v) Lounge Suit Tidak dinyatakan    
      vi) Pakaian Korporat Tidak dinyatakan    
      vii) Baju Batik Tidak dinyatakan    
      viii) Rawatan Panel Klinik RM 250.00

      Setahun

         
       

      BIL

       

      PBT

       

      KEMUDAHAN

      JUMLAH BAYARAN  

      JENIS ELAUN

      JUMLAH BAYARAN ELAUN
      10 MDHS  

      Tidak dinyatakan

      Elaun Tetap

      Bulanan

      RM1,000.00
      Elaun Mesyuarat RM100.00
      11 MDKS i) Pakaian- Blazer RM750.00 Elaun Tetap Bulanan RM1,000.00
      ii) Insurans Ikut Umur Elaun Mesyuarat RM100.00

      (Sekali mesyuarat)

      Elaun Perbatuan Kelas A Ikut umur
      12 MDSB i) Elaun Perbatuan/Blazer/

      Makan/Lain-lain

      RM5,000.00

      (Setahun

      Elaun Tetap Bulanan RM1,000.00
      ii)Pejabat Ahli Majlis Tidak dinyatakan Elaun Mesyuarat RM100.00

      (Sekali mesyuarat)

      iii) Laptop Tidak dinyatakan Elaun Telefon RM100.00
      iv) Smart Phonr Tidak dinyatakan Elaun Mesyuarat Teknikal RM50.00
  3. Sejauh manakah keberkesanan sumbangan mereka terhadap pembangunan masyarakat Bandar?

    1. Keberkesanan sumbangan Ahli Majlis terhadap pembangunan masyarakat Bandar adalah seperti berikut:-

     

    1. Ahli Majlis sebagai penghubung di antara masyarakat dengan pihak majlis di dalam menyelesaikan aduan-aduan rakyat serta menyalurkan pandangan, bantahan dan pendapat masyarakat tentang perancangan pembangunan sesuatu kawasan.

     

    1. Ahli Majlis secara tidak langsung melalui program-program yang dianjurkan dapat mendidik dan memupuk kesedaran masyarakat ke arah komuniti yang lebih positif dengan persekitaran yang bersih dan sihat

     

    • Mengeratkan hubungan sesama penduduk serta hubungan bersama pihak Majlis melalui aktiviti kemasyarakatan seperti program gotong royong, hari keluarga, sambutan sempena perayaan, aktiviti keagamaan dan

     

    1. Ahli Majlis mampu menarik minat golongan remaja melakukan aktiviti sihat bagi menangani gejala sosial melalui pelbagai aktiviti seperti pertandingan futsal, pertandingan bola sepak, pertandingan bowling program keagamaan, program motivasi, program riadah dan

     

    1. Ahli Majlis mampu memupuk perhubungan baik di antara masyarakat dengan anggota keselamatan melalui pelbagai aktiviti seperti taklimat keselamatan, program anti dadah, program kebakaran, program jenayah ragut, majlis dialog bersama penduduk dan

Lampiran

Tiada Lampiran.