Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
9) AHLI MAJLIS
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah prestasi Ahli Majlis lantikan selepas Mac 2008 dan adakah KPIÕs digunakan dalam penilaian tersebut?
Keseluruhan prestasi yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Majlis PBT bagi penggal 2008/2009
telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berkesan serta
amat memuaskan. Terdapat hanya segelintir Ahli Majlis sahaja yang kurang aktif dalam
penyampaian perkhidmatannya yang mungkin perlu diberi lebih pendedahan mengenai
peranan sebagai Ahli Majlis.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah menetapkan sebelas (11) KPI’s bagi menilai
prestasi Ahli-ahli Majlis penggal 2008/2009 dan di antara aspek-aspek yang dinilai
adalah seperti kehadiran Ahli Majlis ke Mesyuarat di PBT, komitmen, komunikasi,
disiplin serta keaktifan seseorang Ahli Majlis dalam menghubungkan di antara Pihak
Berkuasa Tempatan dengan penduduk setempat. -
Senaraikan jumlah peruntukan Ahli Majlis setiap PBT bagi tahun 2008, 2009
Jumlah peruntukkan yang diterima oleh setiap Ahli Majlis bagi penggal 2008/2009
mengikut PBT adalah seperti jadual berikut:-
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH PERUNTUKAN
(SETAHUN)(RM)
1 Majlis Bandaraya Shah Alam 40,000.00
2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 100,000.00
3 Majlis Perbandaran Klang 20,000.00
4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 50,000.00
5 Majlis Perbandaran Subang Jaya 100,000.00
6 Majlis Perbandaran Selayang 30,000.00
7 Majlis Perbandaran Kajang 10,000.00
8 Majlis Perbandaran Sepang 15,000.00
9 Majlis Daerah Kuala Selangor 10,000.00
10 Majlis Daerah Hulu Selangor 10,000.00
11 Majlis Daerah Kuala Langat 10,000.00
12 Majlis Daerah Sabak Bernam 5,000.00
Jumlah Keseluruhan 400,000.00
Untuk makluman, peruntukkan yang dibekalkan kepada setiap Ahli Majlis adalah
bergantung pada kemampuan PBT masing-masing dan pengeluaran peruntukkan
adalah berdasarkan permohonan yang dibuat oleh seseorang Ahli Majlis. Peruntukkan
tersebut merangkumi perbelanjaan keseluruhan bagi program atau aktiviti yang ingin
dijalankan terutamanya yang melibatkan masyarakat setempat. -
Adakah kerajaan bersedia melantik Ahli Majlis sepenuh masa dengan membayar emolumen yang setimpal?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mencadangkan untuk melantik Ahli Majlis PBT
secara sepenuh masa dengan membayar emolumen yang setimpal sepertimana yang
dicadangkan. Pembayaran elaun tetap dan elaun mesyuarat kepada Ahli Majlis yang
dilaksanakan sekarang adalah memadai pada masa ini berdasarkan kepada
kemampuan kewangan PBT. Dalam pada masa yang sama, Ahli Majlis masih boleh
meneruskan kerjaya lain sebagai pendapatan tetap mereka.