Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
211) AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kriteria dan kelayakan untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS?
Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah PKNS atau lebih dikenali sebagai Ahli-Ahli Perbadanan PKNS berdasarkan kepada seksyen 4 (1) Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964 (No. (4 ) tahun 1964) yang menyebut Ahli-Ahli Perbadanan adalah terdiri daripada :-
- Seorang Pengerusi, iaitu seseorang yang pada masa tersebut memegang jawatan Menteri Besar, Selangor;
- Seorang Timbalan Pengerusi iaitu orang-orang yang pada masa tersebut memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri;
- Dua orang Ahli ex-officio, iaitu orang-orang yang pada masa tersebut memegang jawatan Pegawai Kewangan Negeri dan Jurutera Negeri Selangor;
- Tidak lebih daripada lima orang ahli-ahli lain yang dilantik oleh Raja dalam Mesyuarat dari kalangan orang-orang yang pada pandangan beliau berkelayakan oleh sebab mempunyai pengalaman yang luas dan telah membuktikan keupayaannya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan bank, pembuatan, perumahan, perdagangan, kewangan, profesional atau pentadbiran atau dengan cara lain sesuai untuk pelantikan itu berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan khas mereka:
- Tiga orang wakil daripada Kerajaan Pusat yang dilantik oleh
-
Apakah latar belakang Ahli-ahli Lembaga Pengarah PKNS sekarang?
Senarai Ahli Perbadanan PKNS adalah seperti berikut :-
BIL. NAMA JAWATAN TARIKH LANTIK PENGERUSI 1. YAB. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim P.S.M,S.P.M.S,D.P.M.S,D.S.A.P
Menteri Besar Selangor 13 Mac 2008 TIMBALAN PENGERUSI 2. YB Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi P.S.I.S, A.S.A.S, P.P.T
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 01 Januari 2011 AHLI-AHLI 3. YB. Dato’ Noordin bin Sulaiman D.P.M.S, S.I.S Pegawai Kewangan Negeri Selangor 01 Oktober 2012 4. Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Hamizan bin Mohd. Inzan D.I.M.P, B.K.M, B.C.K
Pengarah Kerja Raya Selangor 16 Julai 2013 5. YB. Tuan Iskandar bin Abdul Samad ADUN Kawasan Cempaka 11 Februari 2013 –
10 Februari
2015
6. YB. Dato’ Teng Chang Khim ADUN Kawasan Sg. Pinang 04 Disember 2013 –
03 Disember
2015
BIL. NAMA JAWATAN TARIKH LANTIK 7. Y.Bhg. Datuk Razali bin Che Mat D.M.S.M, J.S.M
Pengarah Seksyen Pembangunan Wilayah Jabatan Perdana Menteri 15 Januari 2009 8. Y. Bhg. Datuk Nozirah binti Bahari P.G.B.K, A.D.K, A.M.P
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan 28Disember 2013 – 27 Disember
2015